Wednesday, September 19, 2012

KURSUS LADAP

Kursus LADAP telah diadakan pada 19 September 2012 bertempat di Makmal Komputer SK Kampung Kuantan.  Seramai 6 orang guru telah memberikan taklimat mengenai KSSR iaitu Pn. Haniza Ngadeni, Pn. Norzaini bt. Adnan, Pn. Kamsiah bt. Yaacob, Pn. Norsidah bt. Misgiman, En. Abdullah Ismail b. Ariffin dan Pn. Siti Zaleha bt. Md Isa.



.

MERDEKA - RAYA (PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU PATRIOTIK)

Deklamasi sajak oleh Siti Razwani.

Johan deklamasi sajak - Amila Atikah.
Muhammad Syahid, satu-satu peserta lelaki.

Nurul Umaira, tahun 2 berjaya menjadi johan dengan lagu 'Perwiraku'.
Muhammad Hazeem, tahun 5 berjaya mendapat tempat ketiga.

Sementara itu, di luar dewan hidangan untuk jamuan disediakan oleh guru-guru.

Qistina Batrisyia, tahun 1 berjaya mendapat tempat kedua dengan lagu 'Wawasan 2020'.

Air juga telah disediakan.

Murid prasekolah, Khairi Hijrah turut mengambil bahagian.

Persembahan selingan daripada Pn. Husna.

Deklamasi sajak oleh Guru Besar, Pn. Norzakiah.

MAJLIS TAUTAN KASIH MERDEKA -RAYA

Majlis tersbut adalah gabungan dua majlis iaitu Majlis Penutup Kemerdekaan serta Majlis Sambutan Aidilfitri yang telah dijalankan pada 14 September 2012.

Awal-awal pagi lagi semua murid telah berkumpul di dataran perhimpunan.  Bagaimana pun disebabkan oleh hujan renyai, majlis yang dijadualkan dibuat di tapak perhimpunan dipindahkan ke dalam dewan.

Semua murid berkumpul di dalam dewan.

Pengerusi majlis, En. Mohd Nifail.

Turut hadir bersama adalah YDP PIBG Tn. Hj. Yahya b. Abdullah Hussin/

Bacaan doa oleh YDp PIBG Tn. Hj Yahya b. Abdullah Hussin.

Barisan peserta yang berentap bagi pertandingan Lagu Patriotik.

Sunday, September 16, 2012

MOTIVASI DIRI

Pada 6 Julai, Guru Besar Pn. Norzakiah bt. Daud telah menyampaikan motivasi diri di hadapan semua murid SK Kampung Kuantan.  Pada hari tersebut juga ibubapa / penjaga murid hadir menyemak perkembangan pelajaran anak masing-masing.


















SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan