Friday, April 10, 2009

Pertandingan Bercerita

Pada 6 April 2009, guru besar menyampaikan sijil penyertaan kepada Balqis Mohd Nazri, tahun 4, kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Daerah Hulu Selangor baru-baru ini. Walaupun tidak mendapat sebarang hadiah kemenangan, namun penyertaan dan kesungguhannya telah membanggakan pihak sekolah. Syabas diucapkan kepada Balqis!

No comments:

Post a Comment