Friday, September 26, 2008

Terima Kasih Atas Khidmat Bakti

Hari ini merupakan hari terakhir bagi dua orang guru praktikum IPBA menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Noratika dan Cik Junaini, semoga menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi.

Majlis Khatam Qur'an

Panitia Agama Islam telah menganjurkan tadarus Qur'an sepanjang bulan ramadhan ini. Pada hari ini telah diadakan acara kemuncaknya iaitu Majlis Khatam Qur'an yang telah disertai oleh 35 orang murid tahun 3 - 6. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YDP PIBG, En. Azizan Abdullah.

Tuesday, September 16, 2008

Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor


Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di SM Tinggi Klang, Selangor pada 30 Ogos 2008. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Bercerita, Story-Telling, Deklamasi Sajak, Hafazan, Nyanyian & Gerakan, Tarian Rampai dan Mewarna. Sebanyak 10 pasukan telah berentap bagi setiap acara.

Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan turut mengambil bahagian buat tahun keempat berturut-turut dalam acara Nyanyian & Gerakan setelah berjaya menjadi johan di peringkat daerah Hulu Selangor. Walaupun peserta sekolah kita hanya mendapat tempat keempat, namun penglibatan mereka sehingga ke peringkat negeri adalah suatu yang membanggakan.

Syabas kepada Nadhirah, Farisah, Syuhada, Syaza, Mutiara dan Airene!
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan