Monday, June 29, 2009

Saturday, June 27, 2009

Hari Terbuka - Menandatangani Rekod Profil Murid

Pada 27 Jun 2009 telah diadakan hari terbuka bagi ibubapa hadir ke sekolah bagi menandatangani rekod profil anak. Ia dijalankan bermula 8.30 hingga 11.30 pagi.

Wednesday, June 24, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Pertandingan Kuiz Matematik

Sempena Minggu Matematik dan Sains telah diadakan pertandingan kuiz matematik bagi murid-murid tahap 1 dan 2.

Guru Praktikum

Mulai 15 Jun 2009, dua orang guru pelatih dari Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa akan menjalani praktikum selama 12 minggu. Mereka adalah En. Mohd Hafiz b. Shaari dan En. Azarudeen b. Shafie.

Monday, June 22, 2009

Minggu Matematik dan Sains

Program tersebut akan dijalankan mulai 22 - 26 Jun 2009. Pelancarannya telah diadakan pada 22 Jun 2009 semasa perhimpunan sekolah. Beberapa aktiviti telah dirancang sepanjang program dijalankan. Guru besar dalam ucapannya, menyeru semua murid supaya tampil mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut.

Saturday, June 20, 2009

Lawatan Pegawai

Pada 18 Jun 2009, sekolah telah dikunjungi oleh dua orang pegawai dari PPD Hulu Selangor iaitu En. Mohd Zaki Yusoff dan En. Bahari Tajuddin. Mereka memantau Program KIA2M dan PROTEM.

Guru Datang dan Pergi

Pihak sekolah mengucapkan selamat bertugas di sekolah baru kepada Ustaz Mohd Firdaus yang bertukar sekolah bermula 1 Jun 2009. Semoga Ustaz akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.

Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Wan Fadlina yang baru bertukar ke sekolah ini bagi menggantikan Ustaz Firdaus.

Sunday, June 14, 2009

Hadiah NILAM - Pembaca Terbanyak

Pada 29 Mei 2009, Pusat Sumber telah menyampaikan hadiah pembaca terbaca mulai September 2008 hingga April 2009. Guru besar SK Kg Kuantan telah menyampaikan hadiah tersebut.





SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan