Wednesday, November 21, 2007

Kursus Aplikasi ICT Guru SKKK

Kursus Aplikasi ICT Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan telah dijalankan selama tiga hari pada 19, 20 & 21 November 2007 di Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan. Seramai 16 orang guru terlibat dalam kursus ini, yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih sekolah iaitu En. Mohamed Faisal bin Abdullah, Cik Anisah bt Abdullah & Puan Kamsiah bt Ya'acob.

Kursus Aplikasi ICT

Pengenalan
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT dalam kurikulum bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru memenafaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan P & P lebih menarik dan efesien.

Matlamat Kursus
Guru dapat mengimplementasikan Rancangan Pengajaran dengan mengaplikasikan kaedah dan strategi berasaskan teknologi ICT untuk mengoptimumkan P&P

Objektif Kursus
-Menghasilkan pakej pembelajaran mengikut mod yang sesuai digunakan dalam satu sesi P&P.
-Merancang dan merekabentuk bahan P&P yang berkesan dengan disokong oleh ICT.
-Merancang pengajaran berasaskan ICT bagi meningkatkan keupayaan dan minat pembelajaran merentasi kurikulum.

Monday, November 19, 2007

ROMBONGAN PRA SEKOLAH

Lawatan ke Pusat Sains Negara pada 29 Oktober 2007

Friday, November 16, 2007

UPSR 2007

Pada tahun 2007 seramai 31 orang murid menduduki Peperiksaan UPSR. Meskipun berlaku penurunan dari peratus kelulusan, tetapi Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan adalah bersih dari Gejala Soalan Bocor yang melanda seluruh sekolah di Malaysia baru-baru ini. Dua orang murid mendapat keputusan terbaik (4A 1B) iaitu ;
1. Muhammad Fawi Izwan bin Umar
2. Najwa Atiqah bt Samri

Saturday, November 10, 2007

Lawatan ke Aquaria & Petrosains KLCC


Lawatan ke Aquaria dan Petrosains KLCC telah dijalankan dengan jayanya pada 6 November 2007 yang lalu. Seramai 40 orang murid dan 4 guru pengiring serta Yang Dipertua PIBG telah menyertai lawatan ini. Rombongan ini dikendalikan oleh En Mohamed Faisal bin Abdullah, di bawah unit Ko-kurikulum. Guru-guru pengiring yang terlibat menyertai lawatan ini ialah En. Abdullah Ismail, En. Mohamad Nadzir, En. Mohamed Faisal, Puan Kamsiah & En. Azizan (YDP).

Friday, November 9, 2007

Ustaz Firdaus bin Md. Nor

NAMA : Mohd Firdaus bin Md. Nor
ASAL : Sungai Besar, Selangor
ALAMAT : 46, Jalan Meranti 8A/1, Bandar Utama Batang Kali
OPSYEN : Pengajian Agama Islam (J-QAF)
MAKTAB : Universiti Malaya (2005), Maktab Perguruan Islam, Bangi (2007).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Bahasa Arab (Tahun 1 & 2)
2. Pendidikan Islam (Tahun 1 & 2)
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(11.07.2007 hingga kini).
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan