Friday, December 31, 2010

Orientasi Prasekolah dan Tahun Satu

Orientasi tersebut telah dijalankan pada 31 Disember 2010. Walaupun hari ini diisytiharkan cuti oleh Perdana Menteri, namun semua guru tetap hadir dan memberikan komitmen masing-masing. Syabas kepada semua guru SK Kampung Kuantan. Turut hadir dan membantu adalah pembantu pengurusan murid, pembantu tadbir dan pembantu am pejabat.

Murid prasekolah dan tahun 1 berkumpul di dataran perhimpunan.

Taklimat disampaikan oleh guru besar, En. Taufek Mohamed.

Wednesday, December 29, 2010

Selamat Datang Kepada Keluarga Baru SKKK

Seluruh warga SK Kampung Kuantan mengalu-alukan kehadiran ahli baru ke sekolah ini. Mereka adalah:
1. Pn Zurita - Pembantu Tadbir dari SMK Bandar Baru Batang Kali
2. Pn. Norzaini Adnan - Guru Opsyen B. Melayu dari SK Ulu Yam Bharu
3. Pn. Haniza Ngadeni - Guru Linus dari SK Bandar Sungai Buaya.
Diharapkan dengan kehadiran mereka akan dapat memberi khidmat bakti untuk kecemerlangan sekolah.
Di samping itu, pihak sekolah juga mengalu-alukan pengusaha kantin yang baru iaitu Pn. Rohana.

Persediaan Sesi Persekolahan 2011

28 Disember 2010 : Mesyuarat Guru dan Mesyuarat Kurikulum
29 Disember 2010: Mesyuarat Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid
30 Disember 2010: Persiapan untuk kelas dan orientasi
31 Disember 2010: Orientasi prasekolah dan Tahun 1.

Monday, November 22, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Berikut adalah murid-murid yang berjaya mendapat pencapaian terbaik UPSR di SKKK iaitu 4A 1B.

Siti Khadijah binti Zeffril

Muhammad Amirul Nazhan bin Mohd Haniff

Amir Muntasir bin Mad Zakuan

Firzanah binti Ahmad Bohari

Saidatul Nazihah binti Azahar

Tuesday, October 26, 2010

Kursus Pendek ICT Murid Tahun 6

Pada 26 Oktober 2010, seramai 21 orang murid tahun 6 telah pergi ke Kolej Komuniti Hulu Selangor bagi mengikuti kursus ICT.

Di kolej tersebut mereka telah berjumpa dengan Mohd Humaidi, pelajar semester 1, yang merupakan bekas murid SKKK 2004.

Teruja dapat masuk ke makmal komputer di KKHS.

Tenaga pengajar merupakan pensyarah KKHS.

Semoga apa yang dipelajari dapat dipraktikkan dan dikongsi bersama rakan-rakan lain.

Gembira kerana dapat ilmu.

Monday, October 25, 2010

Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak

Semua murid berkumpul di padang untuk acara permainan.

En. Mohd Zuraidi memberikan taklimat tentang permainan yang akan dijalankan.

Acara pancing botol.

Antara guru-guru dan kakitangan yang terlibat.

Cikgu Nurul Ain dan Ustazah Wan.

Cikgu Nor Lela dan Cikgu Faezah.

Kanak-kanak prasekolah juga tidak ketinggalan mengambil bahagian.

Pn. Fatimah dan Ustazah Azurah menyediakan jamuan.

Kanak-kanak yang diraikan sedang menjamu selera.

YDP PIBG En. Azizan Abdullah merasmikan
Sambutan Hari Kanak-Kanak

Semua murid menerima hadiah.

Saturday, October 9, 2010

Majlis Aidilfitri SKKK

Tarikh: 3 Oktober 2010 (Ahad)
Tempat: Padang SK Kampung Kuantan
Masa: 2.00 - 6.00 ptg

Antara kaum ibu yang turut serta bergotong-royong menyiapkan hidangan.

Semangat gotong-royong menimbulkan kemesraan antara penduduk kampung dan warga sekolah.

Pasukan silat mengalu-alukan kehadiran YB Mohd Isa b. Abu Kasim.

YB Mohd Isa diiringi oleh En Taufek (guru besar SKKK) dan En. Kamaruzzaman (Pengerusi Penaja Alumni SKKK)

Meja VIP

Antara hidangan yang disediakan.

Persembahan kanak-kanak prasekolah mencuri perhatian hadirin.

Persembahan boria dari murid tahun 6.

Pertemuan semula antara guru-guru dan bekas murid SKKK.

Sunday, September 26, 2010

Majlis Aidilfitri

Pihak sekolah, PIBG dan Alumni SKKK telah menganjurkan sebuah majlis sambutan Aidilfitri yang akan diadakan pada 3 Oktober 2010, jam 2.00 - 6.00 ptg bertempat di padang SKKK. Semua bekas murid, guru dan kakitangan SK Kampung Kuantan adalah dijemput hadir ke majlis tersebut.

Saturday, September 25, 2010

UPSR 2010

Peperiksaan UPSR 2010 telah pun dijalankan pada 21 - 23 September 2010. Seramai 23 orang calon SK Kampung Kuantan telah pun selesai menghadapi UPSR. Adalah diharapkan mereka telah menjawab dengan baik dan mendapat keputusan yang cemerlang. Sama-samalah kita doakan.

Solehuddin, Amir Muntasir, Siti Khadijah, Maisara dan Saidatul, antara murid yang dijangka akan memperolehi keputusan yang cemerlang.

Wednesday, August 25, 2010

Kemasukan Murid Prasekolah 2011

Dimaklumkan bahawa permohonan untuk kemasukan murid prasekolah 2011 sedang dibuka sekarang. Kelayakan adalah bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 2005 dan 2006. Ibubapa yang berminat untuk menempatkan anak mereka di Prasekolah Excellent SK Kampung Kuantan adalah diminta untuk mendapat borang di kelas prasekolah pada waktu pejabat. Tarikh akhir penghantaran borang adalah 15hb Oktober 2010.

Sunday, August 22, 2010

Bulan Ehya' Ramadhan

Sepanjang bulan Ramadhan ini telah dijalankan Program Ehya' Ramadhan anjuran Panitia Agama Islam. Beberapa aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang bulan puasa ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Tadarus Al-Qur'an, Pertandingan Azan, Pertandingan Hafazan, Pertandingan Buku Skrap, Kuiz Agama Islam dan lain-lain lagi. Diharap dengan pertandingan ini akan dapat memeriahkan suasana bulan Ramadhan di sekolah ini.

Bacaan Yassin

Sebagai salah satu usaha bagi menyediakan murid-murid tahun 6 menghadapi UPSR nanti, telah diadakan bacaan Yassin pada setiap hari Jumaat di surau sekolah. UPSR akan bermula pada 21 September 2010. Diharapkan semua calon SKKK akan bersedia dari segi mental dan emosi dalam menghadapi peperiksaan tersebut. Semoga mereka akan menampilkan keputusan yang cemerlang dan membanggakan ibubapa serta guru-guru.



Friday, August 20, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Persembahan Murid-murid SKKK

Pada 8 Ogos 2010, 10 orang murid SK Kampung Kuantan telah membuat persembahan dalam majlis penutup Program Jelajah 1Malaysia anjuran Kolej Komuniti Hulu Selangor bertempat di Balairaya Sungai Masin. Tahniah kepada semua murid yang terlibat.

Friday, August 6, 2010

Bulan Pusat Sumber SK Kampung Kuantan

Bulan Julai ini merupakan Bulan Pusat Sumber SK Kampung Kuantan. Beberapa aktiviti telah dilaksanakan, antaranya ialah Pertandingan Membaca, Reading Competition, Hafazan, Mewarna dan lain-lain lagi.





Sunday, August 1, 2010

Seminar Persediaan UPSR

Seminar tersebut anjuran DUN Batang Kali telah diadakan pada hari Ahad 1 Ogos 2010. Ia telah dihadiri oleh seramai 9 orang murid tahun 6 SK Kampung Kuantan. Dalam seminar ini, calon-calon UPSR diberi motivasi bagi persediaan mereka menghadapi UPSR nanti. Mereka turut diberikan kata-kata semangat oleh YB Mohd Isa b. Abu Kasim dan YB Kamalanathan.





SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan