Tuesday, December 27, 2011

MESYUARAT GURU BAGI TAHUN 2012

Mesyuarat telah diadakan pada 27 Disember 2011. Mesyuarat diadakan selama 2 hari yang merangkumi Unit Kurikulum, Ko Kurikulum, Hal Ehwal Murid, Kewangan Sekolah, Pusat Sumber Sekolah dan Hari Orientasi Prasekolah & Tahun 1.













Tuesday, December 6, 2011

GURU BESAR DATANG DAN PERGI

En. Taufek Mohamed telah bertukar ke SK Batang Kali mulai 16 November 2011. Tempatnya telah diganti oleh Pn. Norzakiah Daud. Kepada En. Taufek diucapkan selamat bertugas di sekolah baru. Kami juga mengalu-alukan kehadiran Pn. Norzakiah untuk memimpin SK Kampung Kuantan ke arah kecemerlangan.

Thursday, October 20, 2011

SUKAN TAHUNAN 2011

Sukan Tahunan SKKK telah diadakan pada hari Jumaat 7 Oktober 2011. Walaupun diadakan secara tertutup namun ia tetap meriah dan dihadiri oleh ibubapa murid. Majlis dirasmikan oleh Dato' Shuhaini b. Shafie.

Pn. Rofishah memberi taklimat mengenai perbarisan.

Murid berkumpul mengikut rumah sukan masing-masing.

Perbarisan akan dimulakan.

Semua murid mengikuti perbarisan ini.

En. Sakrani Othman, GPK Ko Kurikulum.

Ucapan oleh YDP PIBG, En. Mad Zakuan b. Burhan.

Ucapan perasmian oleh Dato' Shuhaini b. Shafie.

Hadiah disampaikan oleh Dato' Shuhaini.

Guru Besar bersama YDP dan NYDP PIBG.

Antara acara yang dijalankan.

YDP PIBG turut menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Mr. Robert turut hadir sebagai Pelepas dan Penyampai Hadiah.

Antara tetamu yang hadir.

Olahragawan dan olahragawati terbaik dan harapan.

Rumah Biru telah menjadi johan keseluruhan.

Monday, October 3, 2011

PENGUMUMAN

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah dengan kerjasama PIBG akan mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan pada 17 November 2011. Kami memohon kepada semua pihak terutama sekali bekas murid SKKK agar dapat tampil dan memberikan sumbangan untuk kami merealisasikan majlis ini dengan lebih gemilang.



Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Setiausaha PIBG Pn. Husna bt. Husain atau Bendahari Pn. Wan Fadzlina Wan Ibrahim, ataupun menghantar emel kepada kami.



Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Friday, July 8, 2011

PERTUKARAN GURU

Dua orang guru SKKK iaitu Pn. Norhidayah bt Mohd Razali akan bertukar ke SK Bandar Baru Batang Kali manakala Cik Nurul 'Ain Nik Zulkifli pula bertukar ke SK Batang Kali. Semoga mereka dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Larian tersebut dijalankan pada hari Sabtu 2 Julai 2011 serentak 1 Malaysia. Hari tersebut adalah dikira hari persekolahan.

Kanak-kanak prasekolah juga tidak ketinggalan mengambil bahagian. Kelihatan guru sedang memakaikan nombor pada baju mereka.

Sebelum larian, taklimat diberikan oleh En. Mohd Zuraidi.

Menghilangkan dahaga selepas habis larian.

Disambung pula dengan acara senamrobik dan tarian poco-poco.

Ibubapa murid turut sama menyertai.

Pihak sekolah mengadakan cabutan bertuah. YDP PIBG En Mad Zakuan Burhan turut menyertai program.

Gembiranya dapat hadiah cabutan bertuah!

Selepas makan, diadakan majlis hari terbuka menandatangani rekod profil murid.

Perbincangan mengenai prestasi pelajaran anak masing-masing.

Thursday, May 19, 2011

Explorace Matematik

Program tersebut telah dijalankan pada Rabu 11 Mei 2011 sebagai satu aktiviti Minggu Panitia Matematik. Seramai 9 orang peserta dari tahap 2 telah mengambil bahagian. Murid-murid lain mengambil bahagian dalam pertandingan Pertandingan Mencipta Robot 3D.



Tuesday, April 26, 2011

Latihan Kebakaran Kali Pertama 2011

Tarikh: 26 April 2011 (Selasa)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: SK Kampung Kuantan

Apabila kedengaran bunyi loceng yang panjang, semua murid keluar dari kelas masing-masing dan berkumpul di padang sekolah.

En. Abdullah Ismail (Penyelaras Keselamatan ) dan Pn. Noraini Mohd Yunos (GPK HEM)memberi taklimat dan pesanan.

Taklimat oleh Pn. Noraini Mohd Yunos.

Murid-murid tahun 4 yang sedang membuat amali KH turut mengikuti latihan tersebut.

Monday, April 25, 2011

Minggu Sains

Pada 18 - 21 April telah berlangsung Minggu Sains di mana berbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan samada secara individu atau berkumpulan. Pada 25 April 2011 telah dijalankan penyampaian hadiah untuk semua pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada murid yang mendapat hadiah, juga kepada Panitia Sains di atas kesungguhan menjalankan minggu panitia.






Tuesday, February 1, 2011

Khidmat Bantu Pusat Sumber Sekolah

Pada hari Sabtu 29 Januari 2011, guru-guru SK Kampung Kuantan telah mengadakan Khidmat Bantu PSS di mana mereka mengemaskini semua Bahan Bantu Mengajar yang terdapat di sekolah.

Sebelum mula bekerja, menikmati sarapan dahulu.

Antara bahan yang telah dikemaskini.

Bahan dari bilik jQaf.

Bahan Panitia Muzik.

Apa yang penting, kerjasama!



SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan