Saturday, November 22, 2008

Selamat berpisah Cikgu Mohamed Faisal

Selama hampir 8 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini dan beliau juga banyak memegang jawatan-jawatan penting di sekolah seperti Guru Data, Guru Penyelaras ICT dan Bendahari PIBG. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau selama di SK Kg Kuantan.

Selamat berpisah buat Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah, dan selamat berkhidmat di sekolah baru.

Saturday, November 15, 2008

Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah


Majlis tersebut telah diadakan pada 13 November 2008 dan dirasmikan oleh Pegawai Prasekolah PPD Hulu Selangor, En. Mohd Zaki bin Yusoff.

Yang menariknya, pada hari tersebut juga keputusan UPSR diumumkan. Pihak PIBG telah menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM200.00 kepada murid yang berjaya mendapat 5A iaitu Muhammad Radzim b. Narazi. Hadiah tersebut disampaikan oleh En. Azizan Abdullah, YDP PIBG. Turut mendapat saguhati adalah Hanisah Ahmad Bohari yang mendapat 4A 1B.

Lawatan Sambil Belajar

Pada 11 November 2008, satu lawatan sambil belajar telah diadakan ke Pustaka Peringatan P. Ramlee dan Zoo Negara. Lawatan disertai oleh 40 orang murid prasekolah, tahun 1 dan tahun 2.

Pertandingan Pintar Bahasa Prasekolah Peringkat Negeri Selangor

Seorang murid prasekolah, Nur Airene Dania bt. Nazri telah mewakili daerah Hulu Selangor ke pertandingan tersebut pada 10 November 2008 bertempat di Hotel Impian Morib, Kuala Langat. Bagaimanapun Airene hanya mendapat hadiah saguhati.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan