Wednesday, April 29, 2009

Lawatan Pegawai

Pada 28 April 2009, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Tn. Haji Zolkifli b. Tahir, iaitu pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.

Sunday, April 26, 2009

Sukan Tahunan Kali ke 34 Tahun 2009

Sukan tahunan tersebut telah dijalankan pada 26 April 2009. Perasmian disempurnakan oleh En. Bahari bin Tajuddin daripada PPD Hulu Selangor. Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Tuan Mohd Isa b. Abu Kasim, mantan guru besar Haji Abu Bakar b. Awang serta dua orang bekas guru SKKK iaitu En. Mohd Nadzir dan Cik Anisah.

Adib Azam, olahragawan terbaik.

Faraizzatie, olahragawati terbaik.

Siti Khadijah, olahragawati harapan.

Aliff Ariff, olahragawan harapan.

Johan keseluruhan, Rumah Biru

Rumah Biru gembira menjadi juara.

Monday, April 20, 2009

Johan Keceriaan Kelas


Murid-murid kelas tahun 1 merasa gembira kerana berjaya menjadi johan keceriaan kelas bagi bulan Mac 2009.

Johan Keceriaan Sudut Nilam Bulan Mac

Johan Keceriaan Sudut Nilam bagi bulan Mac dimenangi oleh Kelas Pemulihan.

Saturday, April 18, 2009

Kursus Perkembangan Staff

Pada 18 April 2009, guru-guru SK Kg. Kuantan telah berpeluang untuk mengikuti kursus mengenai Eduwebtv. Kursus disampaikan oleh Tn. Hj. Yusuf Abd. Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Sungai Choh.






Friday, April 10, 2009

Salam Perpisahan Untuk Ustaz Nadzir

Seluruh warga sekolah berasa amat dukacita kerana terpaksa mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada Ustaz Nadzir yang akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Rasa. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan Ustaz terhadap sekolah. Semoga Ustaz akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.




Seminar UPSR

Pada 11 April 2009, seramai 15 orang murid tahun 6 akan menghadiri seminar UPSR bertempat di Dewan Dato' Abdul Hamid, Bandar Baru Batang Kali.

Pertandingan Bercerita

Pada 6 April 2009, guru besar menyampaikan sijil penyertaan kepada Balqis Mohd Nazri, tahun 4, kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Daerah Hulu Selangor baru-baru ini. Walaupun tidak mendapat sebarang hadiah kemenangan, namun penyertaan dan kesungguhannya telah membanggakan pihak sekolah. Syabas diucapkan kepada Balqis!

Tuesday, April 7, 2009

Kursus Perkembangan Staff

Pada 4 April 2009, semua guru SK Kg. Kuantan telah mengikuti kursus Perkembangan Staff - Penaziran bertempat di SK Batang Kali. Ceramah disampaikan oleh En. Abdul Malek Shaari dari Putrajaya. Terdapat banyak maklumat deisampaikan yang akan membantu guru-guru dalam menghadapi pemantauan dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan