Wednesday, November 21, 2007

Kursus Aplikasi ICT Guru SKKK

Kursus Aplikasi ICT Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan telah dijalankan selama tiga hari pada 19, 20 & 21 November 2007 di Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan. Seramai 16 orang guru terlibat dalam kursus ini, yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih sekolah iaitu En. Mohamed Faisal bin Abdullah, Cik Anisah bt Abdullah & Puan Kamsiah bt Ya'acob.

Kursus Aplikasi ICT

Pengenalan
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT dalam kurikulum bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru memenafaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan P & P lebih menarik dan efesien.

Matlamat Kursus
Guru dapat mengimplementasikan Rancangan Pengajaran dengan mengaplikasikan kaedah dan strategi berasaskan teknologi ICT untuk mengoptimumkan P&P

Objektif Kursus
-Menghasilkan pakej pembelajaran mengikut mod yang sesuai digunakan dalam satu sesi P&P.
-Merancang dan merekabentuk bahan P&P yang berkesan dengan disokong oleh ICT.
-Merancang pengajaran berasaskan ICT bagi meningkatkan keupayaan dan minat pembelajaran merentasi kurikulum.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah di atas penganjuran kursus. Blog sekolah ni pun dah semakin kemas.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan