Thursday, February 26, 2009

Kursus Kepimpinan, Solat Hajat, Bacaan Yassin serta Program Hati ke Hati





Pada 21 Februari 2009, SKKK dengan kerjasama PIBG telah menganjurkan program tersebut. Program dimulakan pada waktu pagi dengan Kursus Kepimpinan untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber dan ketua serta penolong ketua kelas. Selepas itu, semua ibubapa murid tahun 6 dijemput untuk turut sama untuk solat zohor berjemaah, diikuti bacaan yaasin, doa selamat dan solat hajat. Seterusnya, En. Abdul Raof yang merupakan penceramah kursus kepimpinan turut memberikan ceramah keibubapaan.

Akhir sekali diadakan Program Hati ke Hati yang menfokuskan kepada kecemerlangan calon UPSR 2009. Taklimat diberikan oleh GPK Pentadbiran, Pn. Noor Aine Mahyuddin dan guru-guru mata pelajaran.

Thursday, February 19, 2009

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber Sekolah


Pada 17 Februari 2009, telah diadakan upacara pelantikan Pengawas Pusat Sumber yang telah disempurnakan oleh Hjh Khairani bt. Abu Bakar, Guru Besar SK Kg. Kuantan.

Program Mentor-Mentee

Pada 16 Februari 2009, pihak sekolah telah melancarkan program tersebut. Dalam program ini setiap orang guru akan mendapat 'anak angkat' yang terdiri dari murid-murid tahun 6.

Hjh Khairani (GB) bersama Hasif.

Cik Nor Lela bersama Norfiza dan Hamizayu.

Pn. Siti Zaleha bersama Mudirah.

Wednesday, February 18, 2009

Pesanan Daripada Persatuan Ibubapa dan Guru SKKK

Persatuan Ibubapa dan Guru SKKK ingin menjemput bekas murid SKKK, orang perseorangan dan para dermawan supaya sama-sama menyumbang untuk tabung PIBG yang bertujuan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak didik SKKK. Dengan adanya dana yang mencukupi, akan membolehkan PIBG membiayai program-program yang dirancang oleh pihak sekolah. Sesiapa yang berminat untuk menyumbang, boleh terus menghantar kepada Bendahari PIBG SK Kampung Kuantan ataupun tinggalkan alamat anda di ruangan komen di bawah untuk kami hubungi.

Sunday, February 15, 2009

Mesyuarat Agung PIBG Kali ke - 34/ 2009

Mesyuarat Agung PIBG telah dijalankan pada 15 Februari 2009 dan dirasmikan oleh YDH Dato' Hj Aman Shah b. Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. Kedatangan ahli adalah seramai 85 orang. Berikut adalah nama AJK PIBG yang telah dilantik bagi sesi 2009-2010.

YANG DIPERTUA : En. Azizan b. Abdullah
N/ YANG DIPERTUA : En. Mohd Rasid b. Mat
SETIAUSAHA : Pn. Husna bt. Husain
BENDAHARI : En. Abdullah Ismail b. Mohd Ariffin
AJK GURU:

1. En. Mohamad Nadzir Ahmad
2. Pn. Kamsiah Yaacob
3. Pn. Siti Zaleha Md. Isa
4. Pn. Norhidayah Jaidon

AJK IBUBAPA:

1. Pn. Anisah bt. Amzah
2. Pn. Rosnita bt. Ab. Halim
3. Pn. Norasyikin bt. Harun
4. En. Ruzman b. Kamaruddin
5. En. Jasni b. Shamsuddin
6. En. Kamal Ezan Hussin
7. En. Azman b. Che Ismail
8. En. Mohd Haniff Abu Kassim

PEMERIKSA KIRA-KIRA:

1. Tn. Hj. Ismail Rahmat
2. Pn. Rofishah Osman
En. Azizan Abdullah (YDP) dan Dato' Haji Aman Shah.

Antara para hadirin yang turut hadir

Pn. Siti Rodiah dan Pn. Rofishah (AJK Hadiah) berpakaian sedondon.

Barisan AJK bagi sessi 2009 -2010

Tuesday, February 3, 2009

Pertandingan Merentas Desa Daerah Hulu Selangor

Pada 3 Februari 2009, pasukan merentas desa sekolah telah menyertai Pertandingan Merentas Desa Daerah Hulu Selangor yang berlansung di Stadium Millanium Ampang Pecah. Peserta yang terlibat adalah Adif Adil, Hazrul Azhar, Amir Muntasir, Ahmad Mujahid dan Aliff Ariff manakala peserta perempuan adalah Syuhadah Afeera, Faraizzatie, Syahirah dan Azieda. Pengurus peserta adalah Pn. Husna Husain. Ustaz Firdaus dan Ustaz Nadzir turut hadir bertugas sebagai pegawai sukan.

Walaupun gagal mendapat sebarang kemenangan, pasukan SKKK telah menunjukkan komitmen dan disiplin yang tinggi. Tahniah kepada semua peserta!

Semua peserta SKKK bersama Ustaz Firdaus yang merupakan salah seorang jurulatih pasukan.

Kelihatan Mujahid, diikuti Aliff dan Muntasir menuju ke garisan penamat.

Pn. Husna bertemu bekas murid SKKK, Erin Fazlin yang kini belajar di SM Agama Tinggi KKB.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan