Monday, March 30, 2009

Selamat Pengantin Baru, Ustaz Firdaus!

Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa

Pada 30 Mac 2009 telah diadakan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan Minggu Bahasa yang telah dijalankan.

Saturday, March 28, 2009

Selamat Bertugas Di Sekolah Baru

Pihak sekolah mengucapkan 'selamat berpisah' kepada guru Bahasa Inggeris iaitu Cik Anisah Abdullah kerana perpindahan beliau ke SK Batang Kali. Seluruh warga SK Kampung Kuantan mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan beliau terhadap sekolah dan anak didik SK Kg. Kuantan. Semoga Cik Anisah akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.

Kem Bestari Solat Siri 1/2009

Pada 28 Mac 2009 telah diadakan program tersebut untuk murid-murid tahun 1 hingga 4. Ia bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Selain dari guru J-Qaf dan Guru Agama, turut membantu sebagai fasilitator adalah guru-guru lain seperti Cik Norlizawati, Pn. Rofishah, Pn Husna, En. Abdullah Ismail. Pn. Noraini, Pn. Faezah dan Cik Nor Lela.



Wednesday, March 4, 2009

Pertandingan Kompang Selawat Daerah Hulu Selangor


Pertandingan tersebut telah diadakan di SMK Bukit Sentosa pada 4 Mac 2009. Seramai 12 orang peserta telah mengambil bahagian di bawah bimbingan Pn. Noraini Mohd Yunos. Peserta SKKK telah berjaya mendapat tempat ke - 2 dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada semua peserta!

Pertandingan Keceriaan Sudut Nilam

Pusat Sumber SKKK telah menganjurkan Pertandingan Keceriaan Sudut Nilam di mana setiap kelas telah mengambil bahagian. Untuk bulan Februari, pertandingan dimenangi oleh Tahun 1. Pemenang telah diumumkan semasa perhimpunan pada 2 Mac 2009.

Majlis Tilawah Qur'an Peringkat Zon

Pertandingan telah dijalankan pada 25 Februari 2009 bertempat di PKG Sg. Choh. Dalam pertandingan tersebut, Adib Azam b. Azizan (thn 6) telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam kategori Tilawah Qur'an manakala Balqis Mohd Nazri (thn. 4), mendapat tempat ke 7 dalam kategori bercerita.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan