Saturday, September 19, 2009

Majlis Khatam Qur'an

Sepanjang bulan Ramadhan, seramai lebihkurang 30 orang murid tahun 3, 4 dan 5 telah bertadarus setiap pagi. Pada 17 September 2009, telah diadakan majlis khatam qur'an bagi murid-murid tersebut. Bacaan khatam qur'an telah dibimbing oleh Tn. Hj. Ismail Rahmat. Semua guru dan kakitangan sekolah turut sama meraikan majlis tersebut. Turut hadir ialah AJK dan YDP PIBG.

Antara murid yang terlibat dengan khatam qur'an.


Hj. Ismail dan semua peserta yang terlibat menerima cenderamata dari pihak sekolah.


Tamat Latihan Praktikal

Pada 17 September 2009 merupakan hari akhir bagi kedua-dua guru praktikal IPBA di SKKK. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Azarudeen dan En. Mohd Hafiz.



Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009

Peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 8 hingga 10 September 2009. Seramai 26 calon telah mengambil peperiksaan tersebut.

Pn. Kamsiah dan En. Zuraidi menunjukkan cara memakai topeng muka.

Berikutan dengan wabak HINI yang melanda negara kini, semua calon UPSR telah dibekalkan dengan topeng muka.

Guru besar, En Taufek memberi pesanan terakhir sebelum calon-calon masuk ke dewan peperiksaan.

Sunday, September 6, 2009

Selamat Datang

Warga SKKK mengalu-alukan kedatangan guru besar baru iaitu En. Taufek b. Mohammed dari SK Bandar Baru Rawang.

Sekolah juga mengalu-alukan kehadiran Pn. Eidah bt. Salleh dari SK Ulu Yam Lama sebagai Pembantu Am Pejabat.

Thursday, September 3, 2009

Selamat Berpisah

Tahun 2009 menyaksikan banyak pertukaran guru-guru SKKK. Terbaru, Guru Besar SKKK Hjh Khairani bt. Abu Bakar juga telah meninggalkan sekolah ini untuk berkhidmat di SK Bandar Baru Batang Kali. Pertukaran beliau bermula 1 September 2009.

Seorang lagi yang turut bertukar pada tarikh yang sama ialah En. Amiruddin Yahya yang meneruskan perkhidmatannya di SMK Syed Masyur, Batang Kali.

Seluruh warga sekolah sangat menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan untuk sekolah ini. Semoga mereka berdua akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan