Friday, October 23, 2009

Program RIMUP

Dalam program RIMUP yang bertempat di SK Kg Kuantan sebagai tuan rumah, telah diadakan acara kebudayaan ialah adat istiadat persandingan masyarakat Melayu. Turut sama dalam program ini adalah murid-murid dari SK Batang Kali dan SJK Tamil Batang Kali. Berikut adalah antara aksi yang sempat dirakamkan sepanjang majlis tersebut.

Pengantin lelaki Muhammad Saifuddin Alpian dari SK Batang Kali manakala pengantin perempuan Noratiqah Zainodin dari SKKK.

Pengantin diapit oleh Amirul dan Fitrah Ayu dari SKKK.

SK Batang Kali membimbing rakan-rakan dari 2 sekolah lagi untuk berkompang.

SK Kg Kuantan membimbing rakan-rakan dari sekolah lain untuk persembahan tarian Melayu

SJK Tamil Batang Kali membimbing rakan-rakan untuk mempersembahkan tarian India.

Pn. Noraini Yunos menepung tawar pengantin.

Antara guru-guru dan kakitangan yang bertungkus-lumus untuk menjayakan majlis.

Tuesday, October 20, 2009

Latihan Kecemasan

Latihan Kecemasan buat kali yang kedua tahun ini telah dijalankan pada 20 Oktober, 2009. Ia turut disertai oleh pasukan bomba yang telah memberi penerangan kepada warga sekolah tentang kepentingan latihan kecemasan ini. Turut diadakan ialah demontrasi memadamkan kebakaran dengan menggunakan pemadam api. Selepas itu semua warga sekolah masuk ke dalam dewan untuk menonton tayangan video serta diberi penerangan oleh pegawai bomba tersebut.


Friday, October 16, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Majlis Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Bekas Guru/Kakitangan SKKK

Pada 16 Oktober 2009, telah berlangsung majlis tersebut dengan meriahnya. Selain dari warga sekolah, ia turut dihadiri oleh AJK PIBG, yang diraikan Hjh Khairani Abu Bakar, Cik Anisah Abdullah dan En. Amiruddin Yahaya serta beberapa orang ibubapa murid.

Antara tetamu dan warga sekolah yang turut hadir.

Guru Besar, En Taufek Mohamed memberikan ucapan.

Persembahan dari kelas prasekolah di bahawa bimbingan Pn. Husna.

Persembahan dari murid tahun 2 dan 3 di bawah bimbingan Pn. Siti Zaleha.

Persembahan murid tahun 4, 5 dan 6 di bawah bimbingan Pn. Noraini Mohd Yunos.

Pn. Noraini menyampaikan sebuah lagu.

En. Sakrani turut menyumbangkan sebuah lagu.

Pn. Husna membuat persembahan diiringi oleh kanak-kanak prasekolah.

Pasangan duet Fitrah Ayu dan Aiman Athif.

Persembahan silap mata dan lawak jenaka berjaya menggamatkan suasana.

Friday, October 9, 2009

Kursus LADAP

Pada 3 Oktober 2009 telah diadakan kursus LADAP bagi guru-guru SK Kampung Kuantan. Kursus mengenai Headcount tersebut telah disampaikan oleh En. Taufek Mohamed, Guru Besar SK Kampung Kuantan. Dengan kursus ini diharapkan semua guru akan lebih memahami penggunaan Headcount bagi bagi meningkatkan lagi professionalisme perguruan.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan