Friday, April 16, 2010

Sumbangan Untuk Sekolah

Pada 16hb April 2010 telah diadakan Majlis Permuafakatan yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu YB Dr. Fuad Zarkashi. Dalam majlis tersebut YB telah menyampaikan sumbangan kepada sekolah-sekolah. SKKK juga turut menerima sumbangan sebanyak RM120,000.00 daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ketibaan YB Dr. Fuad Zarkashi

Selain dari ucapan, turut diadakan sesi dialog.

Warga guru SKKK bergambar bersama cek replika yang diterima

Thursday, April 1, 2010

Majlis Perpisahan

Pada 30 Mac 2010 yang lalu, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SK Kampung Kuantan telah mengadakan majlis bagi meraikan guru dan kakitangan SKKK yang bertukar. GPK Pentadbiran Pn. Noor Aine Mahyuddin telah bertukar ke SK Ulu Yam Bharu mulai 22 Mac 2010 manakala Fasilitator Schoolnet En. Mohd Farid Ahmad Azam menamatkan perkhidmatan kerana mendapat tawaran kerja di Shah Alam.

Pengerusi Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan, Cik Nor Lela mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada mereka dan semoga tidak melupakan warga SK Kampung Kuantan.

Warga SKKK juga mengalu-alukan kedatangan GPK Pentadbiran yang baru iaitu Pn. Noor Mala Shamsiah Dali dari SKKKB 2.

Majlis tersebut telah diadakan di Restoran Cholo Cholo, Hulu Tamu.

Mereka yang meninggalkan SKKK.


Yang pergi dan yang datang.








Kem Bestari Solat Siri 1

Kem Bestari Solat telah dijayakan baru-baru ini. Semua guru turut bertugas sebagai fasilitator sepanjang kem tersebut.









SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan