Friday, July 8, 2011

PERTUKARAN GURU

Dua orang guru SKKK iaitu Pn. Norhidayah bt Mohd Razali akan bertukar ke SK Bandar Baru Batang Kali manakala Cik Nurul 'Ain Nik Zulkifli pula bertukar ke SK Batang Kali. Semoga mereka dapat meneruskan kecemerlangan di sekolah baru.

Saturday, July 2, 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

Larian tersebut dijalankan pada hari Sabtu 2 Julai 2011 serentak 1 Malaysia. Hari tersebut adalah dikira hari persekolahan.

Kanak-kanak prasekolah juga tidak ketinggalan mengambil bahagian. Kelihatan guru sedang memakaikan nombor pada baju mereka.

Sebelum larian, taklimat diberikan oleh En. Mohd Zuraidi.

Menghilangkan dahaga selepas habis larian.

Disambung pula dengan acara senamrobik dan tarian poco-poco.

Ibubapa murid turut sama menyertai.

Pihak sekolah mengadakan cabutan bertuah. YDP PIBG En Mad Zakuan Burhan turut menyertai program.

Gembiranya dapat hadiah cabutan bertuah!

Selepas makan, diadakan majlis hari terbuka menandatangani rekod profil murid.

Perbincangan mengenai prestasi pelajaran anak masing-masing.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan