Tuesday, October 20, 2009

Latihan Kecemasan

Latihan Kecemasan buat kali yang kedua tahun ini telah dijalankan pada 20 Oktober, 2009. Ia turut disertai oleh pasukan bomba yang telah memberi penerangan kepada warga sekolah tentang kepentingan latihan kecemasan ini. Turut diadakan ialah demontrasi memadamkan kebakaran dengan menggunakan pemadam api. Selepas itu semua warga sekolah masuk ke dalam dewan untuk menonton tayangan video serta diberi penerangan oleh pegawai bomba tersebut.


Friday, October 16, 2009

Sambutan Hari Kanak-Kanak, Majlis Aidilfitri dan Majlis Perpisahan Bekas Guru/Kakitangan SKKK

Pada 16 Oktober 2009, telah berlangsung majlis tersebut dengan meriahnya. Selain dari warga sekolah, ia turut dihadiri oleh AJK PIBG, yang diraikan Hjh Khairani Abu Bakar, Cik Anisah Abdullah dan En. Amiruddin Yahaya serta beberapa orang ibubapa murid.

Antara tetamu dan warga sekolah yang turut hadir.

Guru Besar, En Taufek Mohamed memberikan ucapan.

Persembahan dari kelas prasekolah di bahawa bimbingan Pn. Husna.

Persembahan dari murid tahun 2 dan 3 di bawah bimbingan Pn. Siti Zaleha.

Persembahan murid tahun 4, 5 dan 6 di bawah bimbingan Pn. Noraini Mohd Yunos.

Pn. Noraini menyampaikan sebuah lagu.

En. Sakrani turut menyumbangkan sebuah lagu.

Pn. Husna membuat persembahan diiringi oleh kanak-kanak prasekolah.

Pasangan duet Fitrah Ayu dan Aiman Athif.

Persembahan silap mata dan lawak jenaka berjaya menggamatkan suasana.

Friday, October 9, 2009

Kursus LADAP

Pada 3 Oktober 2009 telah diadakan kursus LADAP bagi guru-guru SK Kampung Kuantan. Kursus mengenai Headcount tersebut telah disampaikan oleh En. Taufek Mohamed, Guru Besar SK Kampung Kuantan. Dengan kursus ini diharapkan semua guru akan lebih memahami penggunaan Headcount bagi bagi meningkatkan lagi professionalisme perguruan.

Saturday, September 19, 2009

Majlis Khatam Qur'an

Sepanjang bulan Ramadhan, seramai lebihkurang 30 orang murid tahun 3, 4 dan 5 telah bertadarus setiap pagi. Pada 17 September 2009, telah diadakan majlis khatam qur'an bagi murid-murid tersebut. Bacaan khatam qur'an telah dibimbing oleh Tn. Hj. Ismail Rahmat. Semua guru dan kakitangan sekolah turut sama meraikan majlis tersebut. Turut hadir ialah AJK dan YDP PIBG.

Antara murid yang terlibat dengan khatam qur'an.


Hj. Ismail dan semua peserta yang terlibat menerima cenderamata dari pihak sekolah.


Tamat Latihan Praktikal

Pada 17 September 2009 merupakan hari akhir bagi kedua-dua guru praktikal IPBA di SKKK. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada En. Azarudeen dan En. Mohd Hafiz.



Tuesday, September 8, 2009

UPSR 2009

Peperiksaan UPSR akan dijalankan pada 8 hingga 10 September 2009. Seramai 26 calon telah mengambil peperiksaan tersebut.

Pn. Kamsiah dan En. Zuraidi menunjukkan cara memakai topeng muka.

Berikutan dengan wabak HINI yang melanda negara kini, semua calon UPSR telah dibekalkan dengan topeng muka.

Guru besar, En Taufek memberi pesanan terakhir sebelum calon-calon masuk ke dewan peperiksaan.

Sunday, September 6, 2009

Selamat Datang

Warga SKKK mengalu-alukan kedatangan guru besar baru iaitu En. Taufek b. Mohammed dari SK Bandar Baru Rawang.

Sekolah juga mengalu-alukan kehadiran Pn. Eidah bt. Salleh dari SK Ulu Yam Lama sebagai Pembantu Am Pejabat.

Thursday, September 3, 2009

Selamat Berpisah

Tahun 2009 menyaksikan banyak pertukaran guru-guru SKKK. Terbaru, Guru Besar SKKK Hjh Khairani bt. Abu Bakar juga telah meninggalkan sekolah ini untuk berkhidmat di SK Bandar Baru Batang Kali. Pertukaran beliau bermula 1 September 2009.

Seorang lagi yang turut bertukar pada tarikh yang sama ialah En. Amiruddin Yahya yang meneruskan perkhidmatannya di SMK Syed Masyur, Batang Kali.

Seluruh warga sekolah sangat menghargai jasa dan bakti yang telah dicurahkan untuk sekolah ini. Semoga mereka berdua akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.

Thursday, August 20, 2009

Solat Hajat dan Bacaan Yaasin Untuk UPSR 2009

Majlis tersebut telah diadakan pada 19 Ogos 2009. Solat dan bacaan Yaasin telah dipimpin oleh Ustaz Hafizul Kamaluzaman. Seramai 65 orang yang terdiri dari murid tahun 6, ibubapa mereka, guru-guru dan AJK PIBG telah turut menyertai program ini.


Tuesday, August 18, 2009

Pemenang Bacaan Nilam Bulan Mei - Julai 2009

Pada 17 Ogos 2009, Pusat Sumber Sekolah telah menyampaikan hadiah kepada murid-murid yang telah berjaya menjadi pemenang bacaan nilam bagi kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya. Diharap murid-murid lain juga akan berusaha lebih gigih untuk menjadi pemenang bagi kelas masing-masing.

Monday, August 10, 2009

Fasilitator SchoolNet

Pihak sekolah telah menerima seorang Fasilitator SchoolNet daripada Kementerian Penerangan iaitu En. Mohamad Farid b. Ahmad Azam mulai 6 Julai 2009. Beliau akan bertugas di sekolah ini untuk selama setahun setengah.

Antara bidang tugas beliau adalah menyelenggara segala peralatan ICT di makmal komputer bagi memastikan rangkaian SchoolNet berfungsi serta sentiasa boleh digunakan. Beliau juga boleh menjalankan Latihan In-House kepada warga sekolah.

Johan Keceriaan Kelas Bulan Julai

Untuk bulan Julai 2009, sebanyak 2 buah kelas telah berkongsi menjadi johan iaitu kelas tahun 4 dan 5.

Friday, August 7, 2009

Gambar-Gambar Kem 1 Malaysia

Berikut adalah gambar-gambar yang telah dirakam sepanjang Kem 1 Malaysia di Tanjung Karang baru-baru ini.





Tuesday, August 4, 2009

Kem 1 Malaysia

Pada 3 Ogos 2009, semasa perhimpunan rasmi sekolah, semua peserta Kem 1 Malaysia telah menerima sijil bagi penyertaan mereka.

Duduk dari kiri: Mohd Alqays, Anis Aqila, Nurul Saidatul, Rosmadiza dan Nor Syuhadah Afeera.
Berdiri dari kiri: En. Mohd Zuraidi, En. Sakrani (GPK Kokurikulum), Muhammad Amirul Nazhan, Muhammad Nor Solehuddin, Amir Muntasir, Muhammad Aliff Ariff dan Hjh Khairani (Gurubesar)
Tiada dalam gambar: Firzanah

Monday, August 3, 2009

Latihan Kebakaran



Pada 31 Julai 2009, pihak sekolah telah mengadakan satu latihan kebakaran. Apabila loceng kecemasan dibunyikan, semua warga sekolah keluar dari kelas atau bilik-bilik lain mengikut pelan kebakaran yang telah ditetapkan.

Setelah semua warga sekolah berkumpul di padang, kedatangan murid disemak bagi memastikan tiada murid yang tertinggal di dalam kelas atau tandas. GPK HEM, Pn Noraini Mohd Yunus memberi taklimat mengenai latihan kebakaran ini.

Monday, July 20, 2009

Menang Peraduan

Mohd Solihuddin Mohd Said, tahun 5, gembira kerana memenangi hadiah setelah menyertai peraduan Teka Ria dari Majalah Didik. Tahniah diucapkan kepada Solihuddin. Diharap murid lain akan dapat mencontohinya.

Thursday, July 9, 2009

Pertandingan Tadikarama - Prasekolah

Sila klik di sini untuk membaca berita.

Wednesday, July 1, 2009

Johan Keceriaan Sudut Nilam Bulan April dan Mei

Johan bagi bulan April dimenangi oleh kelas Pemulihan manakala bagi bulan Mei pula dimenangi oleh Kelas Tahun 1.

Monday, June 29, 2009

Saturday, June 27, 2009

Hari Terbuka - Menandatangani Rekod Profil Murid

Pada 27 Jun 2009 telah diadakan hari terbuka bagi ibubapa hadir ke sekolah bagi menandatangani rekod profil anak. Ia dijalankan bermula 8.30 hingga 11.30 pagi.

Wednesday, June 24, 2009

Tuesday, June 23, 2009

Pertandingan Kuiz Matematik

Sempena Minggu Matematik dan Sains telah diadakan pertandingan kuiz matematik bagi murid-murid tahap 1 dan 2.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan