Sunday, July 29, 2007

Petikan dari : BERITA MINGGU Ahad 29 Julai 2007

Bloggers tak kebal : PM

Pengendali laman blog kena tindakan jika sentuh isu sensitif.

Kuantan: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam.
Perdana Menteri menegaskan pengendali laman blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggungjawab.
”Cakap pasal Bloggers ni, ia bukan satu kebebasan untuk buat apa mereka suka atau menyatakan mereka kebal daripada undang-undang, hanya kerana mereka didaftarkan diluar negara. Ini tidak bermakna mereka ada hak cakap apa saja”.
”Undang-undang untuk semua. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluar dan membuat berita seperti rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan ke atas perbuatan itu”.
Jangan Sampai mencemarkan Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam, ini adalah perkara yang tidak boleh dianggap sebagai mudah atau sesuatu yang memberi kebebasan dan bercakap ikut suka saja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Hyatt Regency di sini semalam ............. (untuk sambungan seterusnya, sila baca Berita Minggu Ahad 29 Julai 2007).



"Sebagai warga pendidik dan para pelajar kita seharusnya menggunakan Bloggers ini untuk tujuan yang baik supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Harap Petikan berita di atas dapat memberi pengajaran berguna kepada semua". Skkgkuantan@yahoo.com

No comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan