Selamat Hari Raya Aidiffitri
Kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Semoga berbagia disamping keluarga di hari lebaran.
Daripada;
Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan
Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Berhubungan itu Unit Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan mengambil inisiatif merencanakan program Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains dan Aquaria KLCC sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Lawatan tersebuat akan diadakan pada :-

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadirat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua dapat kita menyambut lagi Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. Bagi menzahirkan rasa ta’abud dan memuliakan Ramadhan Al-karim ini, Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan telah menjalankan Majlis Tadarus Al Quran di sepanjang dua minggu persekolahan di bulan ini. dan Alhamdulillah seramai 35 orang murid berjaya juga mengkhatamkan Al Quran di dalam tempoh yang singkat.Objektif Majlis Khatam Al Quran ini adalah :-
- Bagi mengimarahkan Ramadhan Al Karim dengan aktiviti ibadah terutamanya bacaan Al Quran
- Menyemai semangat dan keazaman untuk terus menyambutnya pada hari hari yang lain dan sebagai salah satu daripada Program Ihya’ Ramadhan.
Firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah yang bermaksud
“ Bulan Ramadhan ialah bulan yang diturunkan Al Quran padanya yang menjadi petunjuk kepada manusia …………………….”