Saturday, October 6, 2007

Majlis Khatam Al Quran Sempena Ramadhan Al Mubarak 1428 Hijrah.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadirat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua dapat kita menyambut lagi Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. Bagi menzahirkan rasa ta’abud dan memuliakan Ramadhan Al-karim ini, Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan telah menjalankan Majlis Tadarus Al Quran di sepanjang dua minggu persekolahan di bulan ini. dan Alhamdulillah seramai 35 orang murid berjaya juga mengkhatamkan Al Quran di dalam tempoh yang singkat.

Sehubungan itu, Pada 5 oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 H, satu Majlis Khatam Al Quran dijalankan sempena Ramadhan Al Mubarak. Majlis Khatam Al Quran tersebut dimulai dengan bacaan surah surah lazim oleh peserta tadarus bermula surah Ad Dhuha hingga An Nas dan diketuai oleh Ustaz Mohamad Nadzir, dan disudahi dengan bacaan Doa Khatam Quran. Seramai 35 orang murid dari tahun 3 hingga 6 berjaya mengkhatam Al Quran dan semua peserta tadarus yang terlibat diberi cenderamata pada majlis tersebut.

Objektif Majlis Khatam Al Quran ini adalah :-
- Bagi mengimarahkan Ramadhan Al Karim dengan aktiviti ibadah terutamanya bacaan Al Quran
- Menyemai semangat dan keazaman untuk terus menyambutnya pada hari hari yang lain dan sebagai s
alah satu daripada Program Ihya’ Ramadhan.

Firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah yang bermaksud
“ Bulan Ramadhan ialah bulan yang diturunkan Al Quran padanya yang menjadi petunjuk kepada manusia …………………….”




No comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan