Friday, September 28, 2007

Allahyarham Ahmad Hisham bin Omar

Al Fatihah.....


Takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham bin Omar yang meninggalkan kita pada 24 September 2007 yang lalu. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh Warga Sekolah kerana Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham merupakan seorang guru yang ceria dan suka berjenaka. Sebagai guru Bahasa Inggeris yang mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan pada Awal tahun 2007 yang banyak membantu pengurusan sekolah dalam bidang SBT dan Peperiksaan. Beliau juga merupakan seorang guru yang aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham. Al Fatihah.........

1 comment:

BSMM Muallim said...

Salam Takziah kepada keluarga Chip (cikgu Hisham) dari kami Bulan Sabit Merah Cabang Tanjong Malim / Slim River. Jasamu tetap dikenang. Semoga arwah tergolong di dalam golongan yang soleh.

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan