Tuesday, September 11, 2007

Sejarah Sekolah

ESekolah ini didirikan pada tahun 1951 secara gotong royong oleh penduduk kampung. Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai 2 kelas yang terdiri daripada 25 orang. Sekolah ini dulunya dikenali sebagai sekolah melayu yang hanya mempunyai seorang guru iaitu Abdul Manan b. Mohd. Ali. Beliau jugalah yang menjadi Guru Besarnya. Pada tahun 1981 Kementerian Pendidikan telah mendirikan sebuah bangunan baru iaitu bangunan dua tingkat yang lebih lengkap, hinggalah satu lagi bangunan tiga tingkat didirikan pada tahun 1998. Sekolah ini telah menghasilkan ramai anak didik yang berjaya ke peringkat tertinggi (universiti). Prestasi sekolah juga berkembang dengan baik sehingga pernah mencapai kejayaan 98% kelulusan murid pada tahun 1986.

No comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan