Sunday, July 29, 2007

Petikan dari : BERITA MINGGU Ahad 29 Julai 2007

Bloggers tak kebal : PM

Pengendali laman blog kena tindakan jika sentuh isu sensitif.

Kuantan: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam.
Perdana Menteri menegaskan pengendali laman blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggungjawab.
”Cakap pasal Bloggers ni, ia bukan satu kebebasan untuk buat apa mereka suka atau menyatakan mereka kebal daripada undang-undang, hanya kerana mereka didaftarkan diluar negara. Ini tidak bermakna mereka ada hak cakap apa saja”.
”Undang-undang untuk semua. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluar dan membuat berita seperti rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan ke atas perbuatan itu”.
Jangan Sampai mencemarkan Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam, ini adalah perkara yang tidak boleh dianggap sebagai mudah atau sesuatu yang memberi kebebasan dan bercakap ikut suka saja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Hyatt Regency di sini semalam ............. (untuk sambungan seterusnya, sila baca Berita Minggu Ahad 29 Julai 2007).



"Sebagai warga pendidik dan para pelajar kita seharusnya menggunakan Bloggers ini untuk tujuan yang baik supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Harap Petikan berita di atas dapat memberi pengajaran berguna kepada semua". Skkgkuantan@yahoo.com

Friday, July 27, 2007

En. Mohamed Faisal Abdullah

MOHAMED FAISAL BIN HAJI ABDULLAH

ASAL : Kg. Sireh, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
ALAMAT : Jalan Meranti 8A/1, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Sains & Matematik
MAKTAB : Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB),
Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Mei 1995 - 1997).
MULA BERKHIDMAT DI SKKK :- 16 Jun 2001
MATA PELAJARAN DIAJAR 2007:-
1. Science (Year 1, 2 & 3)
2. Mathematic (Year 5)
3. Pendidikan Jasmani Kesihatan (Year 1, 2 & 3)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB 2007 :-
1. Penyelaras Makmal Komputer
2. Guru Data (EMIS & SMM)
3. Guru ICT
4. Setiausaha Sukan
5. Setiausaha Ko-kurikulum
6. Bendahari PIBG SKKK
7. Ketua Panitia PJK
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Brickfields (1),
Jalan Sultan Abdul Samad
Kuala Lumpur.
(03.08.1998 hingga 15.06.2001)
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
(16.06.2001 hingga kini )

Thursday, July 19, 2007

En. Abdullah Ismail b. Arifin

EN ABDULLAH ISMAIL BIN ARIFIN
ASAL : Batang Kali, Selangor
ALAMAT : PT 1328, Kg. Sentosa Tambahan, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
OPSYEN : Bahasa Melayu (Maktab Perguruan Raja Melewar)

MULA BERKHIDMAT DI SKKK :- 3 Januari 2004

Wednesday, July 18, 2007

Syarah dari kitab Matan Arbain

“Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik ia, maka baiklah seleruhnya, jika jahat ia maka jahatlah seluruh anggotanya. Tidak lain dan tidak bukan itulah hati”

Thursday, July 12, 2007

Petikan dari Kitab Al-Hikam,

karangan Ibnu Athoillah As Sakandari"
Ibadah yang kita lakukan merupakan rezeki dari Allah,bertambahnya ibadah menunjukkan kita dekat dengan Allah,berkurang dan lemahnya ibadah menunjukkan Allah mula menjauhkan kita dariNya dengan membiarkan kita sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan dengannya"
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan