Tuesday, October 9, 2007

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidiffitri
Kepada seluruh muslimin dan muslimat.
Semoga berbagia disamping keluarga di hari lebaran.

Daripada;
Seluruh Warga
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan

Lawatan Sambil Belajar

Lawatan sambil belajar merupakan salah satu aktiviti yang dapat memberi pendedahan kepada murid terutamanya berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini, disamping itu juga dapat melahirkan pelajar yang minat terhadap sains serta menghargai sumbangan sains dan teknologi terhadap manusia. Berhubungan itu Unit Ko-kurikulum Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan mengambil inisiatif merencanakan program Lawatan Sambil Belajar ke Petrosains dan Aquaria KLCC sebagai pemangkin dalam membina pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Lawatan tersebuat akan diadakan pada :-
Tarikh : 6 November 2007 (Selasa)
Masa : 7.30 pg - 6.45 ptg
Tempat Lawatan : Aquaria & Petrosains KLCC, Kuala Lumpur.
Sasaran : Seramai 40 orang murid tahap 2 dan 5 orang guru.

Syarat dan peraturan lawatan :-
1. Terbuka kepada murid tahap 2 Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan (40 orang murid sahaja)
2. Bayaran tambang lawatan sebanyak RM 50.00. (termasuk sarapan pagi, makan tengahari, tambang bas, tiket Petrosains dan Aquaria)
3. Semua murid diwajibkan berpakaian seragam sekolah.
4. Murid yang terlibat dalam lawatan akan dibahagikan kepada lima kumpulan (satu kumpulan terdiri dari 8 orang murid) dan setiap kumpulan dibawah bimbingan seorang guru.
5. Setiap kumpulan akan diberikan tugasan dan kumpulan terbaik akan diistiharkan sebagai pemenang. Hadiah akan diberikan kepada pemenang pertama, kedua dan ketiga.

Kepada murid yang berminat sila membuat tempahan dan bayaran kepada Cikgu Mohamed Faisal Abdullah.

Sunday, October 7, 2007

Ustaz Mohamad Nadzir bin Ahmad

NAMA : Mohamad Nadzir bin Ahmad
ASAL : Jitra, Kedah Darul Aman
ALAMAT : Jalan Meranti 8A/1, Bandar Utama Batang Kali
OPSYEN : Pengajian Agama Islam
MAKTAB : Maktab Perguruan Kota Bharu (Jan 1995 - Jun 1997)
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Agama Islam (Tahun 4, 5 dan 6)
2. Bahasa Arab (Tahun 3)
2. Pendidikan Seni (Tahun 2, 3, 4 & 5)
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :-
1. Guru Disiplin
2. Ketua Panitia Agama Islam
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Lotong,
Kudat, Sabah.
(01.08.1997 hingga 31.12.1997)
Sekolah Kebangsaan Bengkahak Baru,
Kota Belud, Sabah.
(01.01.2001 hingga 21.12.2005)
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(03.01.2007 hingga kini)

Saturday, October 6, 2007

Majlis Khatam Al Quran Sempena Ramadhan Al Mubarak 1428 Hijrah.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadirat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianya jua dapat kita menyambut lagi Ramadhan Al Mubarak pada tahun ini. Bagi menzahirkan rasa ta’abud dan memuliakan Ramadhan Al-karim ini, Panitia Agama Islam Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan telah menjalankan Majlis Tadarus Al Quran di sepanjang dua minggu persekolahan di bulan ini. dan Alhamdulillah seramai 35 orang murid berjaya juga mengkhatamkan Al Quran di dalam tempoh yang singkat.

Sehubungan itu, Pada 5 oktober 2007 bersamaan 23 Ramadhan 1428 H, satu Majlis Khatam Al Quran dijalankan sempena Ramadhan Al Mubarak. Majlis Khatam Al Quran tersebut dimulai dengan bacaan surah surah lazim oleh peserta tadarus bermula surah Ad Dhuha hingga An Nas dan diketuai oleh Ustaz Mohamad Nadzir, dan disudahi dengan bacaan Doa Khatam Quran. Seramai 35 orang murid dari tahun 3 hingga 6 berjaya mengkhatam Al Quran dan semua peserta tadarus yang terlibat diberi cenderamata pada majlis tersebut.

Objektif Majlis Khatam Al Quran ini adalah :-
- Bagi mengimarahkan Ramadhan Al Karim dengan aktiviti ibadah terutamanya bacaan Al Quran
- Menyemai semangat dan keazaman untuk terus menyambutnya pada hari hari yang lain dan sebagai s
alah satu daripada Program Ihya’ Ramadhan.

Firman Allah Taala dalam surah Al Baqarah yang bermaksud
“ Bulan Ramadhan ialah bulan yang diturunkan Al Quran padanya yang menjadi petunjuk kepada manusia …………………….”




SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan