Saturday, May 3, 2008

Sukan Tahunan Kali ke 33 Tahun 2008

KSukan Tahunan SK kg Kuantan Kali ke 33 telah dijalankan dengan jayanya pada 27 April 2008 (Ahad). Perasmian Penutupan Sukan Tahunan kali ke 33 ini disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah USM (Merah), Naib Johan Rumah UKM (Hijau) dan tempat ketiga Rumah UTM (Biru).
Anugerah Olahragawan Sukan Tahunan 2008 dimenangi oleh Anuar bin Yusof (Rumah UTM), Manakala Olahragawati dimenangi oleh Suhana bt Sulaiman (Rumah UTM). Bagi Anugerah Olahragawan Harapan dimenangi oleh Hazrul Azhar Ahyar (Rumah UKM), manakala Olahragawati Harapan dimenangi oleh Nurul Najwa Nalzakri (Rumah USM).
Pelbagai aktivi dijalankan Oleh PIBG pada Hari Sukan tersebut. Antaranya Sumbangan Cabutan Bertuah bagi menambah Dana PIBG SKKK. Bagi penyumbang yang bertuah telah memenagi sebuah basikal dan pelbagai jenis Hamper. Gerai Jualan diadakan oleh PIBG bagi memeriahkankan lagi Sukan Tahunan kali ke 33 ini.
Akhir sekali Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan Kali ke 33 tahun 2008.

No comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan