Monday, October 13, 2008

Program RIMUP

Pagi ini SK Kg. Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi program RIMUP yang bertemakan kebudayaan iatu kompang. Seramai 60 orang murid telah menyertai program ini iaitu dari SK Batang Kali, SJK Tamil Batang Kali dan SK Kg. Kuantan sendiri.

Setelah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih kompang iaitu Cikgu Noraini bt. Mohd Yunus, para peserta dibahagikan kepada empat pasukan untuk membuat latihan dalam kumpulan. Akhir sekali setiap kumpulan membuat persembahan dimana setiap persembahan dinilai dan diberi markah.
Esok 14 Oktober, program RIMUP akan dijalankan di SK Batang Kali manakala 15 Oktober di SJK Tamil Batang Kali.

No comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan