Friday, October 31, 2008

Majlis Hari Qualiti Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor


Pada 29 Oktober yang lalu, murid-murid prasekolah SK Kg Kuantan telah dijemput untuk mengadakan persembahan dalam majlis tersebut yang diadakan di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu. Persembahan disaksikan oleh Tuan Haji Bajuri yang mewakili Pengarah Pelajaran Selangor sebagai perasmi.

Murid-murid prasekolah ini telah berjaya menunjukkan satu persembahan yang baik dan diberi tepukan yang gemuruh.

Friday, October 17, 2008

Puan Siti Zaleha binti Md Isa

NAMA : Puan Siti Zaleha binti Md Isa
ASAL : Ulu Yam, Hulu Selangor
ALAMAT : Seksyen 1, Antara Gapi, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Muzik
MAKTAB : Maktab Perguruan Ilmu Khas (1997).
MATA PELAJARAN DI AJAR 2008 :-
1. Bahasa Melayu (Tahun 1 & 3)
2. Pendidikan Muzik (Tahun 3)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB 2008 :-
1. Guru SPBT
2. Ketua Panitia Muzik
3. Guru Kelas Tahun 3
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.08.1997 hingga kini).

Puan Husna bt Hussain

NAMA : Puan Husna bt Hussain
ASAL : Perak
Blog : http://fatihatulfarhanah.blogspot.com
ALAMAT : Kuaters Guru SKKK
OPSYEN : Pengajian Melayu
MAKTAB : Maktab Perguruan Ipoh, Perak. (1988).
TUGAS & TANGGUNGJAWAB 2008 :-
1. Guru Pra Sekolah
2. Setiausaha PIBG.
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Sg Betul, Perak.
(01.07.1987 hingga 31.12.1991)
Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor.
(01.01.1992 hingga 30.06.1992)
Sekolah Taman Kosas, Selangor.
(01.07.1992 hingga 30.11.1996)
Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor.
(01.12.1996 hingga 30.06.1999)
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.07.1999 hingga kini).

Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah.

Pada 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429H, satu Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk persembahan murid, persembahan guru-guru serta jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk semua murid dan guru-guru.

Thursday, October 16, 2008

Lawatan ke Petrosains & Pusat Sains Negara











Lawatan ke Pusat Sains Negara dan Petrosains KLCC telah dijalankan dengan jayanya pada 26 Ogos 2008 yang lalu. Seramai 44 orang murid & 4 orang guru terlibat dalam rombongan yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik. Guru-guru pengiring yang terlibat menyertai lawatan ini ialah En. Abdullah Ismail, En.Mohamed Faisal, Cik Norlizawatie & Puan Faezah.

Sakrani bin Othman (GPK Ko-ku)

NAMA : Sakrani bin Othman
JAWATAN : Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.
ASAL : Sabak Bernam, Selangor
ALAMAT : Kuaters Guru SKKK.
OPSYEN : Am
MAKTAB : Maktab Perguruan Teknik (1978).
MATA PELAJARAN DI AJAR 2008 :-
1. PJ (Tahun 3).
2. PJK (Tahun 4).
3. Pendidikan Seni (Tahun 3).
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.12.2003 hingga kini).

Cik Norlizawatie bt Mat Seh

NAMA : Cik Norlizawati bt Mat Seh
ASAL : Batang Kali, Hulu Selangor
ALAMAT : Taman Desa Kaloi, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Inggeris.
MAKTAB : Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (2001-2003).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Bahasa Inggeris (Tahun 2, 5 & 6)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB :-
1. Guru Penyelaras SBT
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
SJK C Ijok
Batang Berjuntai 45620
Kuala Selangor.
(03.01.2004 hingga 31.12.2007)
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.01.2008 hingga kini).

Monday, October 13, 2008

Program RIMUP

Pagi ini SK Kg. Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi program RIMUP yang bertemakan kebudayaan iatu kompang. Seramai 60 orang murid telah menyertai program ini iaitu dari SK Batang Kali, SJK Tamil Batang Kali dan SK Kg. Kuantan sendiri.

Setelah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih kompang iaitu Cikgu Noraini bt. Mohd Yunus, para peserta dibahagikan kepada empat pasukan untuk membuat latihan dalam kumpulan. Akhir sekali setiap kumpulan membuat persembahan dimana setiap persembahan dinilai dan diberi markah.
Esok 14 Oktober, program RIMUP akan dijalankan di SK Batang Kali manakala 15 Oktober di SJK Tamil Batang Kali.

Saturday, October 11, 2008

Perkhemahan TKRS / PPIM

Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 10 -11 Oktober 2008 bertempat di SK Kg. Kuantan. Seramai 86 orang murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertainya. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ice-breaking, permainan, persembahan kumpulan, senaman pagi, kawad kaki, simpulan dan memasak. Oleh kerana hujan turun dari petang hingga ke malam, rancangan awal untuk berkhemah di padang dibatalkan. Murid-murid lelaki tidur di dalam khemah yang diletakkan di koridor kelas manakala murid-murid perempuan tidur di dalam surau sekolah.
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan