Tuesday, May 19, 2009

Hari Guru 2009

Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan telah diadakan pada hari Isnin 18 Mei 2009. Tema bagi tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Berbagai aktiviti telah dijayakan seperti ucapan dan bacaan perutusan, bacaan ikrar dan nyanyian guru, persembahan murid, Pertandingan Guruku Sayang, Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru, Pertandingan Pantun dan Sajak dan Sukaneka.

Berikut dipaparkan antara aksi-aksi semasa hari tersebut.

Persembahan nyanyian 'Guru Oh Guru' oleh murid tahun 3.

Solehuddin, Amir Muntasir dan Amirul Nazhan bergabung menyampaikan sebuah sajak bertajuk 'Guruku'.

Amir Muntasir dan Amirul Nazhan bertugas mengambil gambar dan rakaman video.

Pn. Faezah terpilih sebagai pemenang dalam Pertandingan Guruku Sayang.

Guru besar turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

Murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru.

Pn. Kamsiah gembira menerima hadiah daripada Pn. Siti Zaleha dalam acara bertukar hadiah.

No comments:

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan