Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Wan Fadlina yang baru bertukar ke sekolah ini bagi menggantikan Ustaz Firdaus.
Saturday, June 20, 2009
Guru Datang dan Pergi
Selamat datang diucapkan kepada Ustazah Wan Fadlina yang baru bertukar ke sekolah ini bagi menggantikan Ustaz Firdaus.
Sunday, June 14, 2009
Hadiah NILAM - Pembaca Terbanyak
Tuesday, May 19, 2009
Hari Guru 2009
Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan telah diadakan pada hari Isnin 18 Mei 2009. Tema bagi tahun ini ialah 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Berbagai aktiviti telah dijayakan seperti ucapan dan bacaan perutusan, bacaan ikrar dan nyanyian guru, persembahan murid, Pertandingan Guruku Sayang, Pertandingan Kad Ucapan Hari Guru, Pertandingan Pantun dan Sajak dan Sukaneka.
Berikut dipaparkan antara aksi-aksi semasa hari tersebut.
Solehuddin, Amir Muntasir dan Amirul Nazhan bergabung menyampaikan sebuah sajak bertajuk 'Guruku'.
Amir Muntasir dan Amirul Nazhan bertugas mengambil gambar dan rakaman video.
Pn. Faezah terpilih sebagai pemenang dalam Pertandingan Guruku Sayang.
Guru besar turut mengambil bahagian dalam acara sukaneka.

Murid-murid menyampaikan hadiah kepada guru-guru.
Pn. Kamsiah gembira menerima hadiah daripada Pn. Siti Zaleha dalam acara bertukar hadiah.
Saturday, May 2, 2009
Wednesday, April 29, 2009
Lawatan Pegawai
Pada 28 April 2009, pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada Tn. Haji Zolkifli b. Tahir, iaitu pegawai dari Sektor Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Selangor.
Sunday, April 26, 2009
Sukan Tahunan Kali ke 34 Tahun 2009
Sukan tahunan tersebut telah dijalankan pada 26 April 2009. Perasmian disempurnakan oleh En. Bahari bin Tajuddin daripada PPD Hulu Selangor. Antara yang turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Tuan Mohd Isa b. Abu Kasim, mantan guru besar Haji Abu Bakar b. Awang serta dua orang bekas guru SKKK iaitu En. Mohd Nadzir dan Cik Anisah.
Adib Azam, olahragawan terbaik.
Labels:
ko-kurikulum,
pertandingan
Monday, April 20, 2009
Johan Keceriaan Kelas
Saturday, April 18, 2009
Kursus Perkembangan Staff
Pada 18 April 2009, guru-guru SK Kg. Kuantan telah berpeluang untuk mengikuti kursus mengenai Eduwebtv. Kursus disampaikan oleh Tn. Hj. Yusuf Abd. Aziz, Pegawai Teknologi Pendidikan dari PKG Sungai Choh.
Friday, April 10, 2009
Salam Perpisahan Untuk Ustaz Nadzir
Seluruh warga sekolah berasa amat dukacita kerana terpaksa mengucapkan 'Selamat Jalan' kepada Ustaz Nadzir yang akan berpindah ke Sekolah Kebangsaan Rasa. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas khidmat bakti dan sumbangan Ustaz terhadap sekolah. Semoga Ustaz akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.
Pertandingan Bercerita
Pada 6 April 2009, guru besar menyampaikan sijil penyertaan kepada Balqis Mohd Nazri, tahun 4, kerana telah mengambil bahagian dalam pertandingan bercerita Bahasa Melayu peringkat Daerah Hulu Selangor baru-baru ini. Walaupun tidak mendapat sebarang hadiah kemenangan, namun penyertaan dan kesungguhannya telah membanggakan pihak sekolah. Syabas diucapkan kepada Balqis!Tuesday, April 7, 2009
Kursus Perkembangan Staff
Pada 4 April 2009, semua guru SK Kg. Kuantan telah mengikuti kursus Perkembangan Staff - Penaziran bertempat di SK Batang Kali. Ceramah disampaikan oleh En. Abdul Malek Shaari dari Putrajaya. Terdapat banyak maklumat deisampaikan yang akan membantu guru-guru dalam menghadapi pemantauan dari Jemaah Nazir Jaminan Kualiti.
Monday, March 30, 2009
Penyampaian Hadiah Minggu Bahasa
Pada 30 Mac 2009 telah diadakan acara penyampaian hadiah bagi pertandingan Minggu Bahasa yang telah dijalankan.
Saturday, March 28, 2009
Selamat Bertugas Di Sekolah Baru
Pihak sekolah mengucapkan 'selamat berpisah' kepada guru Bahasa Inggeris iaitu Cik Anisah Abdullah kerana perpindahan beliau ke SK Batang Kali. Seluruh warga SK Kampung Kuantan mengucapkan terima kasih dan penghargaan atas sumbangan beliau terhadap sekolah dan anak didik SK Kg. Kuantan. Semoga Cik Anisah akan meneruskan khidmat cemerlang di sekolah baru pula.Kem Bestari Solat Siri 1/2009
Pada 28 Mac 2009 telah diadakan program tersebut untuk murid-murid tahun 1 hingga 4. Ia bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 2.00 petang. Selain dari guru J-Qaf dan Guru Agama, turut membantu sebagai fasilitator adalah guru-guru lain seperti Cik Norlizawati, Pn. Rofishah, Pn Husna, En. Abdullah Ismail. Pn. Noraini, Pn. Faezah dan Cik Nor Lela.


Wednesday, March 4, 2009
Pertandingan Keceriaan Sudut Nilam
Majlis Tilawah Qur'an Peringkat Zon
Pertandingan telah dijalankan pada 25 Februari 2009 bertempat di PKG Sg. Choh. Dalam pertandingan tersebut, Adib Azam b. Azizan (thn 6) telah berjaya mendapat tempat ke 3 dalam kategori Tilawah Qur'an manakala Balqis Mohd Nazri (thn. 4), mendapat tempat ke 7 dalam kategori bercerita.
Labels:
ko-kurikulum,
Kurikulum,
Panitia Agama Islam,
pertandingan
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/
(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/
(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)





Aliff Ariff, olahragawan harapan.
Johan keseluruhan, Rumah Biru
Rumah Biru gembira menjadi juara. 













