Mesyuarat Agung PIBG ke - 34 / 2009 akan diadakan pada 15 Februari 2009 (Ahad) jam 8.00 pagi. Notis mesyuarat dan borang usul akan diedarkan oleh Setiausaha PIBG pada hari Khamis 29 Januari 2009. Borang usul boleh disampaikan kepada Setiausaha PIBG selewat-lewatnya pada 6 Februari 2009.
Tuesday, January 27, 2009
Friday, January 23, 2009
Pertandingan Merentas Desa Peringkat Sekolah
Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah telah dijalankan pada hari Jumaat, 23 Januari 2009. Pemenang pertama hingga ke sepuluh akan menjalani latihan ke peringkat daerah yang akan diadakan di Stadium Milenium Ampang Pecah pada 3 Februari 2009. Peserta yang akan mewakili sekolah adalah seramai 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan.


Peserta kategori lelaki dan perempuan yang mendapat tempat pertama hingga ke sepuluh.
Monday, January 19, 2009
Tuesday, January 13, 2009
Pelantikan Pengawas Sekolah

Pada 12 Januari 2009 telah diadakan majlis pelantikan pengawas bagi tahun 2009. Seramai 25 orang pengawas dilantik termasuk 4 orang pengawas percubaan dari tahun 3. Gurubesar SK Kg Kuantan telah menyempurnakan acara pelantikan tersebut. Dalam ucapannya, Gurubesar meminta agar semua pengawas menunjukkan contoh sikap yang baik kepada semua murid SK Kg. Kuantan.
Berikut adalah nama pengawas yang telah dilantik:
Ketua Pengawas:Adib Azam bin Azizan
Penolong Ketua Pengawas : Nurul Jannatul Ajilah bt Azhar
Pengawas: Azrul Naim b. Amir, Nur Akmal Haidi b. Jasni, Muhammad Amirul Nazhan b. Mohd Haniff, Muhammad Nor Solehuddin b. Mohd Said, Amir Muntasir b. Mad Zakuan, Anas b. Malik, Muhammad Alqays b. Mohd Zamri, Ahmad Mujahid b. Mad Zakuan dan Muhammad Amirul Aizad Mohd Rasid.
Nurfiza bt. Ismail, Mudirah bt. Ismail, Maisarah bt. Ahmad Bohari, Nursyuhada bt. Ruzman, Nurul Saidatul Nazihah bt. Azhar, Firzanah bt. Ahmad Bohari, Siti Khadijah bt. Zeffril, Husna bt. Kamaruzaman dan Rosazira Abd. Mutalib dan Hanis Aqila.
Pengawas Percubaan: Nuratikah bt. Mohd Zainodin, Nur Fitrah Ayu bt. Jasni, Muhammad Shahid b. Samri dan Muhammad Firdaus b. Azman.
Tuesday, January 6, 2009
Nama Guru Kelas 2009
Prasekolah: Pn. Husna bt. Husain
Tahun 1: Pn. Siti Rodiah bt. Husein
Tahun 2: Pn. Faezah Abdul Fathah
Tahun 3: Pn. Siti Zaleha bt. Md Isa
Tahun 4: Pn. Kamsiah bt. Yaacob
Tahun 5: Pn. Norsidah bt. Misgiman
Tahun 6: En. Khairul Amir b. Ramli
Tahun 1: Pn. Siti Rodiah bt. Husein
Tahun 2: Pn. Faezah Abdul Fathah
Tahun 3: Pn. Siti Zaleha bt. Md Isa
Tahun 4: Pn. Kamsiah bt. Yaacob
Tahun 5: Pn. Norsidah bt. Misgiman
Tahun 6: En. Khairul Amir b. Ramli
Sunday, January 4, 2009
Taklimat Tahun 1, Prasekolah dan Mesyuarat Guru
Taklimat bagi murid tahun 1 dan prasekolah telah diadakan pada jam 9.00 pagi hari Sabtu 3 Januari 2009. Taklimat bagi tahun 1 dijalankan oleh Pn. Noraini Mohd Yunus (GPK HEM) mana taklimat prasekolah oleh Hjh Khairani Abu Bakar (Gurubesar).
Selepas itu mesyuarat guru kali pertama diadakan pada jam 10.30 pagi. Pihak sekolah menerima kedatangan seorang guru baru iaitu En. Mohd. Zuraidi.
Saturday, November 22, 2008
Selamat berpisah Cikgu Mohamed Faisal
Selama hampir 8 tahun beliau berkhidmat di sekolah ini dan beliau juga banyak memegang jawatan-jawatan penting di sekolah seperti Guru Data, Guru Penyelaras ICT dan Bendahari PIBG. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih di atas jasa dan sumbangan beliau selama di SK Kg Kuantan.
Selamat berpisah buat Cikgu Mohamed Faisal bin Abdullah, dan selamat berkhidmat di sekolah baru.
Saturday, November 15, 2008
Hari Anugerah Kecemerlangan dan Konvokesyen Prasekolah

Majlis tersebut telah diadakan pada 13 November 2008 dan dirasmikan oleh Pegawai Prasekolah PPD Hulu Selangor, En. Mohd Zaki bin Yusoff.
Yang menariknya, pada hari tersebut juga keputusan UPSR diumumkan. Pihak PIBG telah menyampaikan hadiah berupa wang tunai RM200.00 kepada murid yang berjaya mendapat 5A iaitu Muhammad Radzim b. Narazi. Hadiah tersebut disampaikan oleh En. Azizan Abdullah, YDP PIBG. Turut mendapat saguhati adalah Hanisah Ahmad Bohari yang mendapat 4A 1B.
Friday, October 31, 2008
Majlis Hari Qualiti Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Selangor
Pada 29 Oktober yang lalu, murid-murid prasekolah SK Kg Kuantan telah dijemput untuk mengadakan persembahan dalam majlis tersebut yang diadakan di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu. Persembahan disaksikan oleh Tuan Haji Bajuri yang mewakili Pengarah Pelajaran Selangor sebagai perasmi.
Murid-murid prasekolah ini telah berjaya menunjukkan satu persembahan yang baik dan diberi tepukan yang gemuruh.
Friday, October 17, 2008
Puan Siti Zaleha binti Md Isa
NAMA : Puan Siti Zaleha binti Md IsaASAL : Ulu Yam, Hulu Selangor
ALAMAT : Seksyen 1, Antara Gapi, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Muzik
MAKTAB : Maktab Perguruan Ilmu Khas (1997).
MATA PELAJARAN DI AJAR 2008 :-
1. Bahasa Melayu (Tahun 1 & 3)
2. Pendidikan Muzik (Tahun 3)
2. Pendidikan Muzik (Tahun 3)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB 2008 :-
1. Guru SPBT
2. Ketua Panitia Muzik
3. Guru Kelas Tahun 3
3. Guru Kelas Tahun 3
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.08.1997 hingga kini).
Puan Husna bt Hussain
NAMA : Puan Husna bt HussainASAL : Perak
Blog : http://fatihatulfarhanah.blogspot.com
Blog : http://fatihatulfarhanah.blogspot.com
ALAMAT : Kuaters Guru SKKK
OPSYEN : Pengajian Melayu
MAKTAB : Maktab Perguruan Ipoh, Perak. (1988).
TUGAS & TANGGUNGJAWAB 2008 :-
1. Guru Pra Sekolah
2. Setiausaha PIBG.
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Sg Betul, Perak.(01.07.1987 hingga 31.12.1991)
Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor.
(01.01.1992 hingga 30.06.1992)
Sekolah Taman Kosas, Selangor.
(01.07.1992 hingga 30.11.1996)
Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor.
(01.12.1996 hingga 30.06.1999)
Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor.
(01.01.1992 hingga 30.06.1992)
Sekolah Taman Kosas, Selangor.
(01.07.1992 hingga 30.11.1996)
Sekolah Kebangsaan Kuang, Selangor.
(01.12.1996 hingga 30.06.1999)
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.07.1999 hingga kini).
Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah.

Pada 17 Oktober 2008 bersamaan 17 Syawal 1429H, satu Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah dijalankan dengan jayanya. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuk persembahan murid, persembahan guru-guru serta jamuan Hari Raya Aidilfitri untuk semua murid dan guru-guru.Thursday, October 16, 2008
Lawatan ke Petrosains & Pusat Sains Negara


Lawatan ke Pusat Sains Negara dan Petrosains KLCC telah dijalankan dengan jayanya pada 26 Ogos 2008 yang lalu. Seramai 44 orang murid & 4 orang guru terlibat dalam rombongan yang dianjurkan oleh Panitia Sains dan Matematik. Guru-guru pengiring yang terlibat menyertai lawatan ini ialah En. Abdullah Ismail, En.Mohamed Faisal, Cik Norlizawatie & Puan Faezah.
Sakrani bin Othman (GPK Ko-ku)
NAMA : Sakrani bin OthmanJAWATAN : Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum.
ASAL : Sabak Bernam, Selangor
ALAMAT : Kuaters Guru SKKK.
OPSYEN : Am
MAKTAB : Maktab Perguruan Teknik (1978).
MATA PELAJARAN DI AJAR 2008 :-
1. PJ (Tahun 3).
2. PJK (Tahun 4).
3. Pendidikan Seni (Tahun 3).
2. PJK (Tahun 4).
3. Pendidikan Seni (Tahun 3).
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.12.2003 hingga kini).
Cik Norlizawatie bt Mat Seh
NAMA : Cik Norlizawati bt Mat SehASAL : Batang Kali, Hulu Selangor
ALAMAT : Taman Desa Kaloi, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Inggeris.
MAKTAB : Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (2001-2003).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Bahasa Inggeris (Tahun 2, 5 & 6)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB :-
1. Guru Penyelaras SBT
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
SJK C Ijok
Batang Berjuntai 45620
Kuala Selangor.
(03.01.2004 hingga 31.12.2007)
SJK C Ijok
Batang Berjuntai 45620
Kuala Selangor.
(03.01.2004 hingga 31.12.2007)
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.01.2008 hingga kini).
Monday, October 13, 2008
Program RIMUP

Pagi ini SK Kg. Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi program RIMUP yang bertemakan kebudayaan iatu kompang. Seramai 60 orang murid telah menyertai program ini iaitu dari SK Batang Kali, SJK Tamil Batang Kali dan SK Kg. Kuantan sendiri.
Setelah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih kompang iaitu Cikgu Noraini bt. Mohd Yunus, para peserta dibahagikan kepada empat pasukan untuk membuat latihan dalam kumpulan. Akhir sekali setiap kumpulan membuat persembahan dimana setiap persembahan dinilai dan diberi markah.
Esok 14 Oktober, program RIMUP akan dijalankan di SK Batang Kali manakala 15 Oktober di SJK Tamil Batang Kali.
Saturday, October 11, 2008
Perkhemahan TKRS / PPIM
Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 10 -11 Oktober 2008 bertempat di SK Kg. Kuantan. Seramai 86 orang murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertainya. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ice-breaking, permainan, persembahan kumpulan, senaman pagi, kawad kaki, simpulan dan memasak. Oleh kerana hujan turun dari petang hingga ke malam, rancangan awal untuk berkhemah di padang dibatalkan. Murid-murid lelaki tidur di dalam khemah yang diletakkan di koridor kelas manakala murid-murid perempuan tidur di dalam surau sekolah.
Friday, September 26, 2008
Tuesday, September 16, 2008
Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor
Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di SM Tinggi Klang, Selangor pada 30 Ogos 2008. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Bercerita, Story-Telling, Deklamasi Sajak, Hafazan, Nyanyian & Gerakan, Tarian Rampai dan Mewarna. Sebanyak 10 pasukan telah berentap bagi setiap acara.
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan turut mengambil bahagian buat tahun keempat berturut-turut dalam acara Nyanyian & Gerakan setelah berjaya menjadi johan di peringkat daerah Hulu Selangor. Walaupun peserta sekolah kita hanya mendapat tempat keempat, namun penglibatan mereka sehingga ke peringkat negeri adalah suatu yang membanggakan.
Syabas kepada Nadhirah, Farisah, Syuhada, Syaza, Mutiara dan Airene!
Subscribe to:
Posts (Atom)
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/
(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/
(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan



