Friday, September 28, 2007

Allahyarham Ahmad Hisham bin Omar

Al Fatihah.....


Takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham bin Omar yang meninggalkan kita pada 24 September 2007 yang lalu. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh Warga Sekolah kerana Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham merupakan seorang guru yang ceria dan suka berjenaka. Sebagai guru Bahasa Inggeris yang mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan pada Awal tahun 2007 yang banyak membantu pengurusan sekolah dalam bidang SBT dan Peperiksaan. Beliau juga merupakan seorang guru yang aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham. Al Fatihah.........

Thursday, September 13, 2007

Konvoi Berbasikal Jalur Gemilang 2007




Mengibar Jalur Gemilang merupakan acara yang dilaksanakan setiap tahun sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia. Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 50, SK Kg Kuantan mengadakan Konvoi Jalur Gemilang 2007 untuk memberi peluang kepada guru-guru, PIBG dan murid-murid sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum untuk mengambil bahagian bersama-sama bagi meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi yang menyayangi negara, bersemangat waja dalam mengharungi masa depan yang mencabar bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konvoi Jalur Gemilang yang diadakan pada 11 September 2007 lalu melibatkan seramai 100 orang murid yang terdiri dari 3 buah sekolah iaitu SK Kg. Kuantan, SK Batang Kali dan SJK(T) Batang Kali.

Tuesday, September 11, 2007

Sejarah Sekolah

ESekolah ini didirikan pada tahun 1951 secara gotong royong oleh penduduk kampung. Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai 2 kelas yang terdiri daripada 25 orang. Sekolah ini dulunya dikenali sebagai sekolah melayu yang hanya mempunyai seorang guru iaitu Abdul Manan b. Mohd. Ali. Beliau jugalah yang menjadi Guru Besarnya. Pada tahun 1981 Kementerian Pendidikan telah mendirikan sebuah bangunan baru iaitu bangunan dua tingkat yang lebih lengkap, hinggalah satu lagi bangunan tiga tingkat didirikan pada tahun 1998. Sekolah ini telah menghasilkan ramai anak didik yang berjaya ke peringkat tertinggi (universiti). Prestasi sekolah juga berkembang dengan baik sehingga pernah mencapai kejayaan 98% kelulusan murid pada tahun 1986.

Nama-nama guru besar yang pernah berkhidmat di SKKK

1. En.Abdul Manan b. Mohd Ali (1951 – 1956)
2. En Mohd Thani b. Mohd Arif (1956 – 1961)
3. En Mohammad b. Abd. Samad (1961 – 1975)
4. En Shaari B. Mustafa (1975 –1981)
5. En Daud b. Manah (1981 – 1986)
6. En Bakri b. Mohd Zin (1986 – 1993)
7. En Abd Ghani Bin Hassan (1993 – 1995)
7. En Zuraidah bt Abd Manan (1995 – 1998)
8. Haji Abu Bakar b. Awang (1998 – 02.11.2004)
8. Hjh Khairani bt Abu Bakar (16.11.2004 - Kini)

Monday, September 3, 2007

Puan Faezah bt Abdul Fatah


PUAN FAEZAH BT ABDUL FATAH
Asal : Kampar, Perak
Alamat
: Jalan Meranti, 8A/1, Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali
Opsyen
: Pengajian Matematik
Maktab : MP Perempuan Melayu, Melaka (2002)
Tugas dan tanggungjawab : -
1. Guru Kelas 2 Excellent
2. Penyelaras PPSMI
Subjek diajar :-
1. Matematik (Year 1 & 2)
2. Bahasa Melayu (Tahun 2)
Pengalaman Mengajar : 5 Tahun
Sejarah Perkhidmatan : -
SK Tarcisian Convent,
Ipoh, Perah
(06.01.2003 Hingga 31.12.2006)
Sek Keb Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(03.01.2007 Hingga kini)

Saturday, September 1, 2007

Peratus Keseluruhan UPSR

Peratus Keseluruhan UPSR

Pencapaian keseluruhan UPSR pada tahun 1997 ialah 31.25%, dan meningkat pada 2 tahun berikutnya iaitu tahun 1998 = 47.82% dan tahun 1999 = 58.82%. Pada tahun 2000 mengalamai sedikit penurunaniaitu 42.85%, dan mengalami peningkatan pada tahun berikutnya iaitu tahun 2001 = 65.0%, tahun 2002 = 76.4%. Pada tahun 2003 merupakan pencapaian yang tertinggi iaitu 79.3%. Pada tahun 2004 mengalami penurunan iaitu 57.7%, tahun 2005 = 76.5% dan pada tahun lepas iaitu 2006 = 54.8%.

Pencapaian UPSR 2006

PENCAPAIAN UPSR 2006

Pencapaian UPSR SK Kg. Kuantan pada tahun 2006 mengikut subjek :-
Bahasa Melayu (pemahaman) = 90.3%
Bahasa Melayu (penulisan) = 83.9%
Bahasa Inggeris = 54.8%
Matematik = 77.4%
Sains = 87.1%

SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan