Thursday, October 16, 2008

Cik Norlizawatie bt Mat Seh

NAMA : Cik Norlizawati bt Mat Seh
ASAL : Batang Kali, Hulu Selangor
ALAMAT : Taman Desa Kaloi, Ulu Yam Bharu, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Inggeris.
MAKTAB : Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka (2001-2003).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Bahasa Inggeris (Tahun 2, 5 & 6)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB :-
1. Guru Penyelaras SBT
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
SJK C Ijok
Batang Berjuntai 45620
Kuala Selangor.
(03.01.2004 hingga 31.12.2007)
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.01.2008 hingga kini).

Monday, October 13, 2008

Program RIMUP

Pagi ini SK Kg. Kuantan telah menjadi tuan rumah bagi program RIMUP yang bertemakan kebudayaan iatu kompang. Seramai 60 orang murid telah menyertai program ini iaitu dari SK Batang Kali, SJK Tamil Batang Kali dan SK Kg. Kuantan sendiri.

Setelah diberi tunjuk ajar oleh jurulatih kompang iaitu Cikgu Noraini bt. Mohd Yunus, para peserta dibahagikan kepada empat pasukan untuk membuat latihan dalam kumpulan. Akhir sekali setiap kumpulan membuat persembahan dimana setiap persembahan dinilai dan diberi markah.
Esok 14 Oktober, program RIMUP akan dijalankan di SK Batang Kali manakala 15 Oktober di SJK Tamil Batang Kali.

Saturday, October 11, 2008

Perkhemahan TKRS / PPIM

Perkhemahan tersebut telah diadakan pada 10 -11 Oktober 2008 bertempat di SK Kg. Kuantan. Seramai 86 orang murid tahun 4, 5 dan 6 telah menyertainya. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah ice-breaking, permainan, persembahan kumpulan, senaman pagi, kawad kaki, simpulan dan memasak. Oleh kerana hujan turun dari petang hingga ke malam, rancangan awal untuk berkhemah di padang dibatalkan. Murid-murid lelaki tidur di dalam khemah yang diletakkan di koridor kelas manakala murid-murid perempuan tidur di dalam surau sekolah.

Friday, September 26, 2008

Terima Kasih Atas Khidmat Bakti

Hari ini merupakan hari terakhir bagi dua orang guru praktikum IPBA menjalani latihan mengajar di sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Noratika dan Cik Junaini, semoga menjadi seorang guru yang cemerlang dan berdedikasi.

Majlis Khatam Qur'an

Panitia Agama Islam telah menganjurkan tadarus Qur'an sepanjang bulan ramadhan ini. Pada hari ini telah diadakan acara kemuncaknya iaitu Majlis Khatam Qur'an yang telah disertai oleh 35 orang murid tahun 3 - 6. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YDP PIBG, En. Azizan Abdullah.

Tuesday, September 16, 2008

Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor


Karnival Pendidikan Prasekolah Peringkat Negeri Selangor telah berlangsung di SM Tinggi Klang, Selangor pada 30 Ogos 2008. Antara kategori yang dipertandingkan ialah Bercerita, Story-Telling, Deklamasi Sajak, Hafazan, Nyanyian & Gerakan, Tarian Rampai dan Mewarna. Sebanyak 10 pasukan telah berentap bagi setiap acara.

Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan turut mengambil bahagian buat tahun keempat berturut-turut dalam acara Nyanyian & Gerakan setelah berjaya menjadi johan di peringkat daerah Hulu Selangor. Walaupun peserta sekolah kita hanya mendapat tempat keempat, namun penglibatan mereka sehingga ke peringkat negeri adalah suatu yang membanggakan.

Syabas kepada Nadhirah, Farisah, Syuhada, Syaza, Mutiara dan Airene!

Thursday, June 5, 2008

Ganjaran UPSR 2008

Ganjaran UPSR 2008 merupakan satu ganjaran berbentuk wang tunai yang dijanjikan oleh Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) kepada murid tahun 6 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2008. Wang tunai sebanyak RM 200 akan diberikan kepada murid yang dapat keputusan cemerlang 5A UPSR 2008. Ganjaran seperti ini diharap dapat dijadikan motivasi kepada Murid Tahun 6 2008 untuk lebih berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2008.
Untuk maklumat lanjut sila layari klik ke PIBG SKKK.

Saturday, May 3, 2008

Sukan Tahunan Kali ke 33 Tahun 2008

KSukan Tahunan SK kg Kuantan Kali ke 33 telah dijalankan dengan jayanya pada 27 April 2008 (Ahad). Perasmian Penutupan Sukan Tahunan kali ke 33 ini disempurnakan oleh Tuan Norel Azmi bin Yahya Effandi iaitu Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
Johan keseluruhan dimenangi oleh Rumah USM (Merah), Naib Johan Rumah UKM (Hijau) dan tempat ketiga Rumah UTM (Biru).
Anugerah Olahragawan Sukan Tahunan 2008 dimenangi oleh Anuar bin Yusof (Rumah UTM), Manakala Olahragawati dimenangi oleh Suhana bt Sulaiman (Rumah UTM). Bagi Anugerah Olahragawan Harapan dimenangi oleh Hazrul Azhar Ahyar (Rumah UKM), manakala Olahragawati Harapan dimenangi oleh Nurul Najwa Nalzakri (Rumah USM).
Pelbagai aktivi dijalankan Oleh PIBG pada Hari Sukan tersebut. Antaranya Sumbangan Cabutan Bertuah bagi menambah Dana PIBG SKKK. Bagi penyumbang yang bertuah telah memenagi sebuah basikal dan pelbagai jenis Hamper. Gerai Jualan diadakan oleh PIBG bagi memeriahkankan lagi Sukan Tahunan kali ke 33 ini.
Akhir sekali Pihak Sekolah dan PIBG mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak dalam menjayakan Sukan Tahunan SK Kg. Kuantan Kali ke 33 tahun 2008.

Mesyuarat Agung PIBG SKKK

Mesyuarat Agung PIBG SK Kg. Kuantan telah dijalankan pada 6 April 2008 yang lalu. Perasmian mesyuarat ini disempurnakan oleh Yang Berbahagian Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom (Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan Negeri Selangor). Turut Hadir adalah Haji Suhaimi bin Rashid (Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Selangor).
Pada mesyuarat kali ini Perlantikan AJK baru telah dilantik bagi sessi 2008/2009. Berikut adalah senarai penuh AJK PIBG sesi 2008/2009.






YDP PIBG :
En. Azizan bin Abdullah

NYDP PIBG :
En. Rashid bin Mat
Setiausaha :
Puan Husna bt Husain
Bendahari :
En. Mohamed Faisal bin Abdullah
AJK Ibubapa :
En. Ruzman bin Kamarudin
En. Zaidi bin Mohd. Hashim
En. Azman b Che Ismail
En Raikinobajuri
En Ahmad Johan
Pn Siti Eisah bt Noordin
Pn Haliza Hj Hamit
Puan Suriati

AJK Guru :
Puan Kamsiah bt Yaacob
En. Mohamad Nadzir bin Ahmad
Cik Norlizawati bt Mat Seh
Cik Anisah bt Abdullah

Saturday, February 2, 2008

Enrolmen & Kelas 2008


Merentas Desa MSSD Hulu Selangor 2008

Tahniah kepada pasukan Merentas Desa (Perempuan) Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan yang telah berjaya menduduki tempat ke 4 berpasukan kategori perempuan (Bawah 12 tahun) Peringkat Daerah Hulu Selangor. Pertandingan tersebut dijalankan di SMK Bandar Baru Batang Kali pada 30 Januari 2008. Nama peserta yang mengharunkan nama sekolah ialah Nurul Natasya, Erin Fazrin. Nor Hayati Ismail, Siti Zulaika Ramzan. Pasukan merentas Desa ini di bawah kendalian En Mohd Firdaus dan En Sakrani Othman.

Khairani bt Abu Bakar (Guru Besar)

NAMA : Cik Khairani @ Khirani bt Abu Bakar
JAWATAN : Guru Besar
ASAL : Batang Kali, Hulu Selangor
ALAMAT : Taman Seri, Batang Kali, Hulu Selangor.
OPSYEN : Am
MAKTAB : Maktab Perguruan Kota Bharu (1977).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Matematik (Tahun 3)
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(16.11.2004 hingga kini).

Sekolah Kebangsaan Selisik
Hulu Selangor. (Guru Besar)
(16.10.2002 hingg 15.11.2004)

Di mana Sharline?


Nor Lela bt Mohamad Yunus


NAMA : Nor Lela bt Mohamad Yunus
ASAL : Rasa, Hulu Selangor
ALAMAT : Kg Melayu Rasa, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Melayu
MAKTAB : Maktab Perguruan Teruntum (1989).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Bahasa Melayu (Tahun 6)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB :-
1. Guru Media
2. Ketuan Panitia B.Melayu
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.12.1989 hingga kini).

Monday, December 10, 2007

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH
DAERAH HULU SELANGOR 2007

Prasekolah SK Kg Kuantan telah menyertai Majlis Konvokesyen Prasekolah yang telah diadakan pada 3 November 2007 bertempat di Auditorium Akademi Bomba Kuala Kubu Bharu. Sebanyak 9 buah kelas prasekolah turut menyertai.
Majlis diserikan lagi dengan kehadiran En Kamsah b. Mokhtar, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Sektor Pengurusan Sekolah sebagai perasmi. Turut hadir sebagai penyampai hadiah adalah En. Mohd Zaki bin Yusoff, Pegawai Prasekolah PPD Hulu Selangor.Kumpulan nyanyian Prasekolah SK Kuantan turut menyampaikan sebuah persembahan. Anugerah Tokoh Murid dimenangi oleh Nur Shafiqah Nadiah bt. Hishamri.

Wednesday, November 21, 2007

Kursus Aplikasi ICT Guru SKKK

Kursus Aplikasi ICT Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan telah dijalankan selama tiga hari pada 19, 20 & 21 November 2007 di Bilik Komputer Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan. Seramai 16 orang guru terlibat dalam kursus ini, yang dikendalikan oleh tiga orang jurulatih sekolah iaitu En. Mohamed Faisal bin Abdullah, Cik Anisah bt Abdullah & Puan Kamsiah bt Ya'acob.

Kursus Aplikasi ICT

Pengenalan
Pengintegrasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) atau ICT dalam kurikulum bergantung kepada keupayaan dan kemahiran guru memenafaatkan kemudahan ICT sebagai alat untuk memproses dan mengakses maklumat serta menjadikan P & P lebih menarik dan efesien.

Matlamat Kursus
Guru dapat mengimplementasikan Rancangan Pengajaran dengan mengaplikasikan kaedah dan strategi berasaskan teknologi ICT untuk mengoptimumkan P&P

Objektif Kursus
-Menghasilkan pakej pembelajaran mengikut mod yang sesuai digunakan dalam satu sesi P&P.
-Merancang dan merekabentuk bahan P&P yang berkesan dengan disokong oleh ICT.
-Merancang pengajaran berasaskan ICT bagi meningkatkan keupayaan dan minat pembelajaran merentasi kurikulum.

Monday, November 19, 2007

ROMBONGAN PRA SEKOLAH

Lawatan ke Pusat Sains Negara pada 29 Oktober 2007

Friday, November 16, 2007

UPSR 2007

Pada tahun 2007 seramai 31 orang murid menduduki Peperiksaan UPSR. Meskipun berlaku penurunan dari peratus kelulusan, tetapi Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan adalah bersih dari Gejala Soalan Bocor yang melanda seluruh sekolah di Malaysia baru-baru ini. Dua orang murid mendapat keputusan terbaik (4A 1B) iaitu ;
1. Muhammad Fawi Izwan bin Umar
2. Najwa Atiqah bt Samri

Saturday, November 10, 2007

Lawatan ke Aquaria & Petrosains KLCC


Lawatan ke Aquaria dan Petrosains KLCC telah dijalankan dengan jayanya pada 6 November 2007 yang lalu. Seramai 40 orang murid dan 4 guru pengiring serta Yang Dipertua PIBG telah menyertai lawatan ini. Rombongan ini dikendalikan oleh En Mohamed Faisal bin Abdullah, di bawah unit Ko-kurikulum. Guru-guru pengiring yang terlibat menyertai lawatan ini ialah En. Abdullah Ismail, En. Mohamad Nadzir, En. Mohamed Faisal, Puan Kamsiah & En. Azizan (YDP).

Friday, November 9, 2007

Ustaz Firdaus bin Md. Nor

NAMA : Mohd Firdaus bin Md. Nor
ASAL : Sungai Besar, Selangor
ALAMAT : 46, Jalan Meranti 8A/1, Bandar Utama Batang Kali
OPSYEN : Pengajian Agama Islam (J-QAF)
MAKTAB : Universiti Malaya (2005), Maktab Perguruan Islam, Bangi (2007).
MATA PELAJARAN DI AJAR :-
1. Bahasa Arab (Tahun 1 & 2)
2. Pendidikan Islam (Tahun 1 & 2)
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(11.07.2007 hingga kini).
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan