Friday, September 28, 2007

Allahyarham Ahmad Hisham bin Omar

Al Fatihah.....


Takziah kepada keluarga Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham bin Omar yang meninggalkan kita pada 24 September 2007 yang lalu. Satu kehilangan yang amat dirasai oleh seluruh Warga Sekolah kerana Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham merupakan seorang guru yang ceria dan suka berjenaka. Sebagai guru Bahasa Inggeris yang mula berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan pada Awal tahun 2007 yang banyak membantu pengurusan sekolah dalam bidang SBT dan Peperiksaan. Beliau juga merupakan seorang guru yang aktif dalam bidang sukan dan ko-kurikulum.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan Al Fatihah kepada Allahyarham Cikgu Ahmad Hisham. Al Fatihah.........

Thursday, September 13, 2007

Konvoi Berbasikal Jalur Gemilang 2007




Mengibar Jalur Gemilang merupakan acara yang dilaksanakan setiap tahun sempena sambutan hari kemerdekaan Malaysia. Sempena sambutan kemerdekaan yang ke 50, SK Kg Kuantan mengadakan Konvoi Jalur Gemilang 2007 untuk memberi peluang kepada guru-guru, PIBG dan murid-murid sekolah yang terdiri daripada berbilang kaum untuk mengambil bahagian bersama-sama bagi meraikan ulangtahun kemerdekaan Malaysia. Matlamat program ini adalah untuk melahirkan generasi yang menyayangi negara, bersemangat waja dalam mengharungi masa depan yang mencabar bagi melahirkan insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konvoi Jalur Gemilang yang diadakan pada 11 September 2007 lalu melibatkan seramai 100 orang murid yang terdiri dari 3 buah sekolah iaitu SK Kg. Kuantan, SK Batang Kali dan SJK(T) Batang Kali.

Tuesday, September 11, 2007

Sejarah Sekolah

ESekolah ini didirikan pada tahun 1951 secara gotong royong oleh penduduk kampung. Ketika itu sekolah ini hanya mempunyai 2 kelas yang terdiri daripada 25 orang. Sekolah ini dulunya dikenali sebagai sekolah melayu yang hanya mempunyai seorang guru iaitu Abdul Manan b. Mohd. Ali. Beliau jugalah yang menjadi Guru Besarnya. Pada tahun 1981 Kementerian Pendidikan telah mendirikan sebuah bangunan baru iaitu bangunan dua tingkat yang lebih lengkap, hinggalah satu lagi bangunan tiga tingkat didirikan pada tahun 1998. Sekolah ini telah menghasilkan ramai anak didik yang berjaya ke peringkat tertinggi (universiti). Prestasi sekolah juga berkembang dengan baik sehingga pernah mencapai kejayaan 98% kelulusan murid pada tahun 1986.

Nama-nama guru besar yang pernah berkhidmat di SKKK

1. En.Abdul Manan b. Mohd Ali (1951 – 1956)
2. En Mohd Thani b. Mohd Arif (1956 – 1961)
3. En Mohammad b. Abd. Samad (1961 – 1975)
4. En Shaari B. Mustafa (1975 –1981)
5. En Daud b. Manah (1981 – 1986)
6. En Bakri b. Mohd Zin (1986 – 1993)
7. En Abd Ghani Bin Hassan (1993 – 1995)
7. En Zuraidah bt Abd Manan (1995 – 1998)
8. Haji Abu Bakar b. Awang (1998 – 02.11.2004)
8. Hjh Khairani bt Abu Bakar (16.11.2004 - Kini)

Monday, September 3, 2007

Puan Faezah bt Abdul Fatah


PUAN FAEZAH BT ABDUL FATAH
Asal : Kampar, Perak
Alamat
: Jalan Meranti, 8A/1, Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali
Opsyen
: Pengajian Matematik
Maktab : MP Perempuan Melayu, Melaka (2002)
Tugas dan tanggungjawab : -
1. Guru Kelas 2 Excellent
2. Penyelaras PPSMI
Subjek diajar :-
1. Matematik (Year 1 & 2)
2. Bahasa Melayu (Tahun 2)
Pengalaman Mengajar : 5 Tahun
Sejarah Perkhidmatan : -
SK Tarcisian Convent,
Ipoh, Perah
(06.01.2003 Hingga 31.12.2006)
Sek Keb Kg Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(03.01.2007 Hingga kini)

Saturday, September 1, 2007

Peratus Keseluruhan UPSR

Peratus Keseluruhan UPSR

Pencapaian keseluruhan UPSR pada tahun 1997 ialah 31.25%, dan meningkat pada 2 tahun berikutnya iaitu tahun 1998 = 47.82% dan tahun 1999 = 58.82%. Pada tahun 2000 mengalamai sedikit penurunaniaitu 42.85%, dan mengalami peningkatan pada tahun berikutnya iaitu tahun 2001 = 65.0%, tahun 2002 = 76.4%. Pada tahun 2003 merupakan pencapaian yang tertinggi iaitu 79.3%. Pada tahun 2004 mengalami penurunan iaitu 57.7%, tahun 2005 = 76.5% dan pada tahun lepas iaitu 2006 = 54.8%.

Pencapaian UPSR 2006

PENCAPAIAN UPSR 2006

Pencapaian UPSR SK Kg. Kuantan pada tahun 2006 mengikut subjek :-
Bahasa Melayu (pemahaman) = 90.3%
Bahasa Melayu (penulisan) = 83.9%
Bahasa Inggeris = 54.8%
Matematik = 77.4%
Sains = 87.1%

Monday, August 20, 2007

Merdeka....Merdeka...Merdeka


Sebagai rakyat Malaysia merdeka kita menghayati erti sebuah kemerdekaan yang telah pun berusia 50 tahun. Adakah kemajuan dan kemerdekaan yang kita bina hari ini mampu membawa kita ke hadapan.......


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia yang ke -50 tahun, dari kami Warga Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan.

Saturday, August 18, 2007

Cik Anisah bt Abdullah


CIK ANISAH BT ABDULLAH

ASAL : Alor Setar, Kedah Darul Aman.
ALAMAT : Jalan Meranti 2C/2, Bandar Utama Batang Kali.
OPSYEN : Bahasa Inggeris

MAKTAB : Universiti Sains Malaysia (1999 )
MATA PELAJARAN :-
1. Bahasa Inggeris (Tahun 1,2 & 3)
2. Pendidikan Muzik(Tahun 2)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB :-

1. Guru BSS & ICTL
2. Penolong Penyelaras Makmal
PENGALAMAN MENGAJAR : 1 Tahun
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan,
Batang Kali, Hulu Selangor.
(01.01.2007 hingga kini)

Thursday, August 16, 2007

Nama Murid Tahun 6 menduduki UPSR 2007

SENARAI NAMA MURID YANG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2007.
- SEKOLAH KEBANGSAAN KG. KUANTAN (BE013)
- PADA 3, 4 & 5 SEPTEMBER 2007.


1. MUHAMMAD FAWI IZWAN BIN MOHD UMAR
2.
ABDUL JALIL BIN ARZARAN
3. AMIRUL HELMY BIN TENGAH
4. FARAH FAZIRAH BINTI ZULKAFLEE
5. FIRDAUS BIN MOHAMMAD
6. HARIY HAFZAN BIN AHYAR
7. KINTAN BINTI ABD. RANI@ GHANI
8. MOHAMMAD AZIZI BIN MOHD NOR
9. MOHAMMAD KHUSAINI BIN HAMZAH
10. MOHD. KHAIRIL AQWA BIN NALZAKI
11. MOHD. RAFIZI HELMY B. RUZMAN
12. MUHAMMAD AMIRUL BIN HAIRUDDIN
13. MUHAMMAD HAZIM BIN MOHD HANIFF
14. MUHAMMAD NAZRUL HAFIZI B. MOHD AZMI
15. MUHAMMAD SHAFIQ BIN AZMAN
16. MUHAMMAD SHARULNIZAM B. ABDULLAH
17. NAJWA ATIQAH BINTI SAMRI
18. NAZRUL BIN ALI
19. NORAZRIN BINTI MOHD SOHOR
20. NORSHAHIRA BIN ROZALI
21. NORSHAKIRAH BINTI ABD. RANI@GHANI
22. NURUL ASIKIN BINTI GHO HOON TOON
23. NURUL NADIA BINTI JALALUDIN
24. SHAFIQ AMIRUL HAKIM B. ZAIDI
25. SITI HALIJAH SAPURA BINTI HAMDAN
26. SITI NOOR ATIQAH BINTI SHAFAR
27. RABIA FAZIRA BT MD RAFI
28. ERMAN B DHARMAWI
29. HIZAMI BIN MAZLAN
30. MOHD FAIZUL ISMAIL
31. MASLIZA RAMLI

"Seluruh warga sekolah mendoakan supaya semua murid memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam UPSR 2007"

Monday, August 13, 2007

Fadhilat Sya’aban

Selamat datang wahai Sya’aban. Antara fadhilat-fadhilat Sya’aban ialah Allah mengampunkan dosa hamba-hambanya yang menghidupkan bulan ini dengan amalan-amalan berpuasa tilawatil Quran, berzikir serta bermunajat di dalam Qiamullail, namum begitu Allah tidak mengampunkan dosa enam jenis manusia dalam bulan ini iaitu;-
1. Orang yang kekal sebagai peminum arak.
2. Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.
3. Orang yang kekal dalam keadaan berzina.
4. Orang yang banyak berkelahi dan suka memulakan perkelahian.
5. Orang yang melakukan jualan secara menipu.
6. Orang suka melagakan orang lain supaya berkelahi.
Al-Hadis

Monday, August 6, 2007

Puan Kamsiah bt. Ya'acob

PUAN KAMSIAH BT YA'ACOB
ALAMAT : 137 Jalan Dahlia, Taman Sri Batang Kali.
OPSYEN : Sijil Perguruan Asas Kemahiran Hidup (ERT)
MAKTAB : Maktab Perguruan Ilmu Khas (1980)
MULA BERKHIDMAT DI SKKK :- 1 Januari 2003

Sunday, July 29, 2007

Petikan dari : BERITA MINGGU Ahad 29 Julai 2007

Bloggers tak kebal : PM

Pengendali laman blog kena tindakan jika sentuh isu sensitif.

Kuantan: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran kepada pengendali laman blog supaya tidak menulis sesuka hati terutama perkara sensitif menyentuh soal Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam.
Perdana Menteri menegaskan pengendali laman blog juga tertakluk kepada undang-undang dan perlu bersedia menghadapi tindakan tegas jika tulisan mereka mempunyai unsur tidak baik dan tidak bertanggungjawab.
”Cakap pasal Bloggers ni, ia bukan satu kebebasan untuk buat apa mereka suka atau menyatakan mereka kebal daripada undang-undang, hanya kerana mereka didaftarkan diluar negara. Ini tidak bermakna mereka ada hak cakap apa saja”.
”Undang-undang untuk semua. Tanggungjawab kewartawanan adalah ke atas semua. Sebagai orang yang mengeluar dan membuat berita seperti rasuah juga, tiada siapa yang boleh menyatakan dia dikecualikan, kerana ada undang-undang yang boleh dikenakan ke atas perbuatan itu”.
Jangan Sampai mencemarkan Yang di-Pertuan Agong dan Agama Islam, ini adalah perkara yang tidak boleh dianggap sebagai mudah atau sesuatu yang memberi kebebasan dan bercakap ikut suka saja,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Hyatt Regency di sini semalam ............. (untuk sambungan seterusnya, sila baca Berita Minggu Ahad 29 Julai 2007).



"Sebagai warga pendidik dan para pelajar kita seharusnya menggunakan Bloggers ini untuk tujuan yang baik supaya dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Harap Petikan berita di atas dapat memberi pengajaran berguna kepada semua". Skkgkuantan@yahoo.com

Friday, July 27, 2007

En. Mohamed Faisal Abdullah

MOHAMED FAISAL BIN HAJI ABDULLAH

ASAL : Kg. Sireh, Kuala Nerang, Kedah Darul Aman.
ALAMAT : Jalan Meranti 8A/1, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor.
OPSYEN : Pengajian Sains & Matematik
MAKTAB : Maktab Perguruan Tuanku Bainun (MPTB),
Bukit Mertajam, Pulau Pinang (Mei 1995 - 1997).
MULA BERKHIDMAT DI SKKK :- 16 Jun 2001
MATA PELAJARAN DIAJAR 2007:-
1. Science (Year 1, 2 & 3)
2. Mathematic (Year 5)
3. Pendidikan Jasmani Kesihatan (Year 1, 2 & 3)
TUGAS & TANGGUNGJAWAB 2007 :-
1. Penyelaras Makmal Komputer
2. Guru Data (EMIS & SMM)
3. Guru ICT
4. Setiausaha Sukan
5. Setiausaha Ko-kurikulum
6. Bendahari PIBG SKKK
7. Ketua Panitia PJK
SEJARAH PERKHIDMATAN :-
Sekolah Kebangsaan Brickfields (1),
Jalan Sultan Abdul Samad
Kuala Lumpur.
(03.08.1998 hingga 15.06.2001)
Sekolah Kebangsaan Kg. Kuantan
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan
(16.06.2001 hingga kini )

Thursday, July 19, 2007

En. Abdullah Ismail b. Arifin

EN ABDULLAH ISMAIL BIN ARIFIN
ASAL : Batang Kali, Selangor
ALAMAT : PT 1328, Kg. Sentosa Tambahan, Batang Kali, Selangor Darul Ehsan
OPSYEN : Bahasa Melayu (Maktab Perguruan Raja Melewar)

MULA BERKHIDMAT DI SKKK :- 3 Januari 2004

Wednesday, July 18, 2007

Syarah dari kitab Matan Arbain

“Sesungguhnya didalam tubuh manusia itu terdapat seketul daging. Jika baik ia, maka baiklah seleruhnya, jika jahat ia maka jahatlah seluruh anggotanya. Tidak lain dan tidak bukan itulah hati”

Thursday, July 12, 2007

Petikan dari Kitab Al-Hikam,

karangan Ibnu Athoillah As Sakandari"
Ibadah yang kita lakukan merupakan rezeki dari Allah,bertambahnya ibadah menunjukkan kita dekat dengan Allah,berkurang dan lemahnya ibadah menunjukkan Allah mula menjauhkan kita dariNya dengan membiarkan kita sibuk dengan urusan yang tidak berkaitan dengannya"
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG KUANTAN
44300 Batang Kali, Hulu Selangor
Selangor Darul Ehsan.
Tel / Fax : 03-60571848
Email : skkgkuantan@yahoo.com
Blog S3K : http://skkgkuantan.blogspot.com/

(c) Hak Cipta 2007 Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan